PEMENANG

SATU METAMORFOSIS

GLAM Lelaki (Malaysia) - - REAKSI - — HAMRY SHARIF, MELAKA

‘Malaysian Sweethearts’ layak di berikan kepada pasangan FATTZURA ini. Bagaikan merpati dua sejoli. Fenomena Fattah tidak terpadam selepas menjejaki kaki ke jinjang pelamin. Pintu rezekinya semakin terbuka.

Kali terakhir Fattah menjadi muka hadapan GL pada Oktober 2015. Kini GL membawanya sekali lagi. Transformasi Fattah semakin matang dan berubah. Sememangnya beliau layak digelar anak seni di atas kesungguhan dan kerja keras. Begitu juga dengan GL, utuh berdiri dengan kelas tersendiri dalam membina gaya mengikut peredaran masa. Jika rajin melayari website GLAM Lelaki, banyak info diberikan. Sayang jika terlepas. GL tidak lokek berkongsi hadiah buat pembaca setia. Jika ingin tahu rajin- rajinlah membelek dan melayarinya. “Metamorfosis” juga harus diberikan buat GL. Perubahan bentuk, susunan dan peralihan yang diberikan amat komprehensif. Implementasinya mendominasi pasaran majalah lelaki dengan sampul muka hadapan tercantik di Malaysia! Standing ovation buat team GL semua. Anda hebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.