OLIMPIK PYEONGCHANG 2018

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS FESYEN -

Giorgio Armani bangganya mengumumkan kolaborasi bersama para atlet pasukan Itali dengan menata pakaian mereka sewaktu acara pembukaan rasmi Sukan Olimpik Pyeongchang 2018. Giorgio Armani menata pakaian rasmi bersifat sukan yang merangkumi jaket padded labuh serta hood diperbuat daripada fabrik teknikal, dipadankan dengan seluar. Bendera Itali dipamerkan pada permukaan jaket dan istimewanya, lirik lagu kebangsaan Itali dicetak pada bahagian dalam jaket. Sebagai perangsang semangat patriotik. Aksesori seperti kasut dan topi juga disediakan bagi melengkapi gaya mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.