Kolaborasi kapsul terhad

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS JAM -

Dipasarkan secara terhad di Singapura, Malaysia, Thailand dan Indonesia. Koleksi kapsul juga terhad garapan pereka kasut sniker asal Singapura, Mark Ong menciptakan himpunan G-Shock X SBTG DW-5600. Terjual eksklusif menerusi butik Crossover di Mid Valley juga G-Factory di Fahrenheit 88 dan Sunway Pyramid serta butik G-SHOCK di 1Utama, ia disasarkan buat kelompok fesyen metropolitan yang menggemari gaya jalanan. Signatur corak camouflage hasil kerja tangan Mark ditampilkan juga pada kemeja Hawaiian, papan skateboard serta kep. Dijual secara set berharga RM1,299 juga berasingan. Mark memilih barisan DW5600 kerana status asalnya sebagai pelopor G-SHOCK terus memperlihatkan kemajuan juga keagresifannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.