SINAR EKSKLUSIF KEEMASAN

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS JAM -

Citra untuk musim bunga/ panas 2018 menyaksikan koleksi Bee Mine yang digarap dari material Pandora Shine yakni perak sterling yang bersalut emas 18k. Dibentangkan secara eksklusif, koleksi ini menjulang akan ketukangan perincian berilhamkan lebah yang membiaskan simbol keazaman serta kuasa. Siri ini juga menawarkan item edisi terhad termasuk choker, gelang dan cincin yang diolah terperinci daripada motif heksagon sarang lebah. Termasuk juga olahan tekstur seperti renda dan batu zirkonia menyerupai setitik madu kecil. Butiran rekaan ini menyerlahkan lagi sisi ketukangan Pandora lantas melengkapkan penampilan si dia!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.