MONTBLANC

GLAM Lelaki (Malaysia) - - HOROLOGI -

Diperbuat daripada emas merah 18k, jam berdiameter 39mm ini bernadikan kaliber MB 29.15. Lalu memaparkan fungsi yang pelbagai termasuk tetingkap tarikh, hari serta kalendar bulan selain deskripsi fasa bulan. Ia memperlihatkan nilai-nilai ketukangan Montblanc Meisterstück yang merangkumi pengawasan jam tangan Switzerland paling terperinci. Komplikasi tinggi kalendar memaparkan tarikh yang betul tanpa perlu dibetulkan dengan tangan, termasuk untuk bulanbulan yang kurang daripada 31 hari dan untuk tahun lompat. Ia mudah dikawal oleh 4 pusher individu. JAM HERITAGE SPIRIT PERPETUAL CALENDAR, ILHAM MONTBLANC BERHARGA RM88,600.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.