Olahan eksentrik hesperides

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS SEGAK RAPI -

Kembara haruman olahan Diptyque begitu dihargai. Sama ada imaginasi atau realiti, apungan nota wangian terbias harum di musim panas ini. Bingkisan inspirasi dicedok dari Taman Hesperides, yakni gambaran indah syurga mitologi Yunani di tengahtengah bumi Mediterranean. Haruman indah ini seakan dibikin khusus buat para nimfa serta dewadewi yang menghuni taman ini. Duo artistik, Carnovsky menciptakan ilustrasi halusinasi yang eksentrik kala menyifatkan haruman Eau des Sens yang mana dikomposisikan nota wangian yang mampu mengelirukan deria. Terus, mencipta semula mitos dalam gaya yang kontemporari. Haruman musim panas ini dilengkapkan dengan semburan atau mist rambut, gel mandian untuk badan serta tangan dan yang utama wangian Eau des Sens dalam inti pati Eau de Toilette yang berpaksikan nada segar sitrus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.