CAWANGAN KETIGA DI KOTA SINGA

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS SEGAK RAPI -

Diperakui oleh Guinness Book of World Records sebagai kedai gunting rambut tertua di dunia, Truefitt & Hill membuka outlet ketiga di Singapura pada hujung tahun lalu. Mengambil lokasi di Marina Bay Sands, sekali gus merupakan cawangan ketujuh di Asia Tenggara. Dua kedai gunting terdahulunya masing-masing berlokasi di Jalan Ann Siang dan di Capitol Piazza. Jenama ini bukan saja menawarkan perkhidmatan dandanan untuk lelaki serta produk penjagaan yang terbaik malah punya persekitaran yang selesa berbalas gaya barbershop klasik Inggeris. Punya keluasan 500 kaki persegi dengan hiasan dalaman daripada kayu mahogani dan walnut, ditampilkan sama kerusi kulit kedai gunting rambut dalam gaya tradisional.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.