CARA MENGOPTIMUMKAN CUKURAN

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS SEGAK RAPI -

Bercukur bukanlah untuk memastikan wajah bersih dan rapi semata. Terus memaksimumkan impak tanggapan pertama kerana wajah yang bersih mampu menjadi aksesori semula jadi terbaik buat lelaki! Demikian, tampil rapi dengan cara mengoptimumkan cukuran bersama Philips AquaTouch yang kalis air. Cubalah tip mencukur cara basah dan kering yang efektif agar dirasai pembaikan pada kulit wajah selepas mencukur lalu mengekang kerengsaan kulit.

CARA MENCUKUR BASAH

Bersihkan wajah dengan air suam dan pembersih yang bersesuaian, disusuli dengan sedikit gel pencukur yang dioles pada tangan yang basah lalu sapukan pada wajah yang basah. Gunakan tetapan yang selesa pada Philips AquaTouch dan cukurlah dengan gerakan membulat. Selepas membilas alat pencukur dengan aliran air paip untuk membersihkan gel berlebihan dan rerambut bagi meningkatkan mutu pencukuran, selesaikan sesi pencukuran dengan satu pusingan pelengkap.

CARA MENCUKUR KERING

Jika anda tidak mencukur sejak beberapa hari, ianya lebih baik jika anda memotong sedikit rerambut dengan pemangkas sebelum mencukur sepenuhnya. Bila mencukur kering, kulit perlu kering sepenuhnya sebelum mula mencukur, kerana kulit yang lembap akan menghambat kelancaran pergerakan pencukur pada wajah. Anda digalakkan supaya menunggu sekurang-kurangnya 5 minit selepas mandi atau membersihkan wajah untuk membolehkannya kering sepenuhnya sebelum meneruskan sesi pencukuran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.