– Hafeez mikail

GLAM Lelaki (Malaysia) - - COVER STORY - GL

Hafeez Mikail, sebelum terjun ke dunia hiburan tempatan, anak jati Kuala Lumpur ini pernah bertugas sebagai pramugara. Karier sebagai anak seni tidak sama sekali dirancang kerana pada mulanya Hafeez sekadar mencuba nasib atas dorongan teman rapatnya, Aedy Ashraf yang juga merupakan pelakon terkenal tanah air. Menginjak populariti menerusi drama Hati Perempuan dan drama Tiada Arah Jodoh Kita, namanya terus melonjak kala membintangi filem pertamanya, Busker (2018).

DEFINISI GENERASI BARU BAGI ANDA?

Generasi yang malas serta narsisistik. Lebih-lebih lagi yang masih bersekolah. Terikat dengan kecanggihan teknologi. Namun, tidak semua. I really miss how Nusantara we used to be, kerana cara saya dibesarkan dalam keharmonian komuniti Melayu. Generasi hari ini main game menerusi telefon pintar atau pergi kafe siber. My days before, kita main penutup botol, daun terup, galah panjang, teng-teng, batu seremban dan sebagainya. Cara dibesarkan oleh ibu bapa itu mempengaruhi siapa kita hari ini. Biar sekali pun dilahirkan duduk selesa atas duit, namun ada juga ibu bapa yang berjaya membesarkan anak mereka tanpa bergantung semata dengan kecanggihan teknologi. Ya, benar kecanggihan teknologi itu ada baiknya tapi kita perlu seimbangkannya.

DENGAN PUNYA PENGIKUT YANG RAMAI, APAKAH PERENCANAAN ANDA?

Sejujurnya, saya tidak bergantung semata kepada jumlah pengikut di laman sosial. Bagi saya ada pengikut adalah baik kerana karier saya mungkin bergantung kepada mereka kerana ada klien yang melihat akan jumlah bilangannya. Tetapi, jumlah pengikut itu sendiri tidak menjamin akan kehebatan kualiti lakonan seseorang pelakon itu sendiri. Ada saja pelakon yang tidak ramai pengikut tetapi mutu lakonan mereka jauh lebih hebat berbanding yang punya ratus ribu pengikut. Namun, lakonannya hanya biasa. Saya letakkan dua kategori untuk itu, sama ada selebriti atau artis. Jika selebriti mereka menjual populariti, manakala artis menjual bakat. Jika anda berbakat, tambah pula punya ramai pengikut, itu adalah lebih baik.

DUNIA LAKONAN HARI INI...

Saya akui ada pengikut itu penting, like how influencial are you to society untuk menjadi ambasador jenama atau penjenamaan diri. Cumanya, saya sedih melihatkan segelintir produser yang mementingkan bilangan pengikut daripada kualiti lakonan. Terus mengambil risiko, terkejarkan populariti serta rupa paras semata. Saya faham mereka juga businessman dan moneyminded. Tetapi untuk ketengahkan bakat kita tidak perlu untuk mengejar populariti semata kerana kalau jalan cerita atau barisan pelakon adalah hebat, kita tidak perlu takut.

JANGKAAN DARIPADA ANDA UNTUK TAHUN INI?

A better actor, a better son to my parents and a better Muslim.

PROJEK TERBARU?

Working on my drama series and a collaboration with Digi. Kini saya memfokuskan diri berlakon untuk drama bersiri kerana khuatir akan kualiti lakonan saya di layar perfileman. Maklumlah cara berlakon untuk filem dan drama adalah sama sekali berbeza. Keduanya memerlukan penjiwaan. Namun, filem lebih sukar dan memerlukan lebih masa bagi memantapkan mutu lakonan.

NASIHAT UNTUK GENERASI HARI INI...

Ikut kemampuan sendiri jangan ikut orang. Bila melihatkan kemahuan orang lain, kita jangan terjerumus kerana ia mampu membinasakan diri. Biar apa pun jadilah diri sendiri. Contohnya, bila mahu memulakan hubungan dalam berpacaran, jangan menjanjikan harapan palsu kerana sudahnya memakan diri esok hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.