PUSAT 3S EKSKLUSIF

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS AUTO -

Usaha kala memberikan satu pengalaman pelanggan terbaik serta kecemerlangan jenama yang tiada tandingan diteruskan dengan perkenalan terbaru fasiliti Mercedes-Benz NZ Wheels Klang Autohaus. Mercedes-Benz Malaysia bersama pengedar sah kenderaan Mercedes-Benz di Malaysia, NZ Wheels membawakan pusat jualan dan servis yang menelan belanja sebanyak RM6 juta. Sekali gus premis baru ini menepati piawaian terkini Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) yakni sebuah konsep autohaus juga penanda aras identiti korporat jenamanya. Berkeluasan 320,000 kaki persegi serta keluasan kawasan bangunan 32,000 kaki persegi, NZ Wheels Klang Autohaus mempunyai kapasiti ruang pameran untuk 17 kenderaan. Termasuk tiga kereta Mercedes-AMG di pusat prestasi AMG. Premis ini diuruskan oleh 70 petugas dari tiga bahagian utama; lepas jualan, perkhidmatan teknikal dan juga alat ganti. Ia juga memiliki 30 ruang servis yang berkemampuan untuk menampung 650 kenderaan sebulan. Baik bagi servis biasa mahupun servis yang memerlukan perkhidmatan pakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.