PRESTASI PENJIMATAN BAHAN API LUAR BIASA

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS AUTO -

Hadir berwajah baru dengan gril hadapan signature V-motion Nissan, juga pada bampar hadapan. Jentera 14 penumpang ini ditampilkan sama lampu utama halogen yang telah direka semula dengan pelaras manual untuk pandangan yang lebih baik pada waktu malam berserta reka bentuk stereng baru dengan sentuhan moden bagi ruang kabin. Dikuasakan dengan enjin pengecas turbo 2.5L YD25DDTi berkuasa tork tinggi dan teknologi diesel bersih, NV350 Urvan menggunakan transmisi manual 5-kelajuan untuk prestasi pemanduan yang mengagumkan. Padanan enjin dan transmisi ini cukup efisien bagi mencapai tahap penggunaan bahan api sekitar 8.7L/100km berdasarkan kepada kitaran ujian NEDC (New European Driving Cycle). NV350 Urvan facelift ini juga diiktiraf sebagai EEV (Energy Efficient Vehicle).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.