A QUIET PLACE

DIREKTOR: JOHN KRASINSKI PELAKON: JOHN KRASINSKI, EMILY BLUNT, MILLICENT SIMMONDS & NOAH JUPE

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS GAYA HIDUP -

Filem A Quiet Place ini yang berkisar pada tahun 2020 di mana adanya sebuah keluarga yang masih terselamat daripada ancaman makhluk ganas yang tidak boleh melihat tetapi mempunyai pendengaran yang halus dan tajam serta akan memburu mangsanya hanya dengan mengfokuskan tumpuannya terhadap bunyi. Keluarga yang masih terselamat ini terdiri daripada 5 orang iaitu bapa, ibu sedang mengandung dan tiga orang anak, dua lelaki seorang perempuan (sulung). Anak perempuan pertama mereka mempunyai masalah pekak dan perlu mendengar menggunakan alat bantuan pendengaran yang dibuat sendiri oleh ayahnya, malangnya ia tidak berfungsi dengan baik dan tidak membolehkannya mendengar pun. Disebabkan makhluk ini sensitif dengan bunyi mereka menggunakan bahasa isyarat tangan untuk berkomunikasi dan mereka hidup dengan pergi menyelongkar kedai-kedai peninggalan di kawasan bandar berdekatan rumah mereka. Perjalanan cerita ni bermula perlahan dengan menceritakan cara keluarga ini menjalani kehidupan seharian mereka. Suasana pawagam sunyi untuk 30 minit terawal oleh kerana tiada dialog yang diperkatakan, hanya pergerakan yang menjadi tumpuan. Mungkin bagi sesetengah penonton akan berasa bosan tetapi tidak bagi saya kerana setiap langkah yang dilakonkan mempunyai intipatinya tersendiri seperti menerangkan kekuatan juga kelemahan makhluk ganas yang memburu mereka itu.

Apa yang saya dapat rumuskan tentang cerita ini adalah ia menunjukkan nilai murni kekeluargaan dan tanggungjawab seperti kegigihan ibubapa berkorban demi melindungi anak mereka apabila berhadapan situasi sukar yang tidak dijangka dan anda patut menonton filem ini kerana penamat cerita ini memberikan anda rasa kepuasan dalam kesedihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.