Kata Editor

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

udah menjadi satu respon tipikal untuk mengeluh setiap kali ungkapan ‘milenial’ diucapkan. Frasa ‘Generasi Snowflake’ kian digunakan sebagai jolokan menghina terhadap kelompok itu, merujuk kepada karakteristik ‘entitled’ mereka yang dikatakan hiper- sensitif dan mudah terguris dek kritikan dan teguran. Bagi mereka, emosi mereka harus diutamakan dulu sebelum emosi orang sekitar.

Memang ada sedikit kebenaran di situ. Pun begitu, bagi aku, apa pun kekurangan yang ada pada generasi milenial bukanlah seratus peratus salah mereka. Frustrasi mereka adalah satu tindak balas dan reaksi terhadap persekitaran mereka. Dan siapa lagi yang mencipta persekitaran yang mereka warisi itu kalau bukan generasi- generasi yang sebelumnya? Siapa lagi yang membesarkan, mengangkatkan dan memanjakan generasi milenial kalau bukan generasi yang sebelumnya? Bukan salah mereka ekonomi yang diwarisi tidak sehebat zaman dulu, dan bukan salah mereka kos hidup dan harga rumah kian melangit.

Dan jujurnya, they’re not all bad. Setiap yang lemah itu pasti ada kelebihannya. Antara kekuatan generasi milenial yang aku cukup kagum ialah tahap keyakinan, kesungguhan dan daya keusahawan mereka. Pada usia awal 20- an, kalau tak pun lebih muda daripada itu, mereka sudah berani melakarkan kerjaya mereka dengan serius. Kerana mereka tidak sabar untuk kecapi kejayaan dengan pantas, berlainan dengan generasi dulu yang merasakan kejayaan itu memerlukan masa. Tradisi lama yang diamalkan oleh generasi lebih tua — pergi berdikari, kerja keras, beli kereta, beli rumah — tidak semestinya model karier yang serasi dengan si milenial. Mereka lebih kreatif dalam mencari pendapatan dan mencari peluang.

Lihat saja pada senarai GL NewGen tahun ini. Secara purata berusia 25 tahun, di masa generasi sebelumnya baru berjinak-jinak dalam alam pekerjaan, barisan anak muda ini sudah pun menempa nama dalam industri masingmasing. Malah punya lebih daripada satu sumber pendapatan, hasil daripada kecekalan dan usaha ikhlas mereka. Yang menyanyi kini mencuba lakonan, dan yang berlakon TV beralih ke filem dan menyanyi pula sambil mengusahakan bisnes sendiri. Si juruterbang pula aktif sebagai seorang influencer dan bakal bergelar penulis. Kesungguhan begini wajar kita galakkan. Malah, harus kita jadikan inspirasi dalam mengejar impian dan kejayaan, tak kira usia.

“ANTARA KEKUATAN GENERASI MILENIAL YANG AKU CUKUP KAGUM IALAH TAHAP KEYAKINAN, KESUNGGUHAN DAN DAYA KEUSAHAWAN MEREKA.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.