Pilihan Editor

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

1 HACKETT peka dengan persekitaran sekarang, di mana cuaca tak menentu, maka itu serangkaian t-shirt dijamin selesa dipersembahkan. Terutamanya buat kita yang menetap di lokasi beriklim tropika. Bukan sekadar t-shirt biasa, ia dihiasi logo Hackett dan warna hijau ini akan menampakkan seseorang itu lebih berkarakter elegan dan ‘bersih’. 2 DIOR HOMME bereksperimen gaya semi formal pada aksesori kasut. Mahu menampilkan kelainan dan bertujuan untuk menginovasikan stail formal agar kelihatan lebih segar. The Gold Capsule edisi terhad merangkumi kasut formal yang inovatif, dihiasi signatur Dior Homme Bee rona emas pada permukaan kasut, menambah sisi fesyen kasut.

3 Helaian luar adalah keperluan hidup. BURBERRY Heritage Trench Coats mengetengahkan rekaan kot trench dengan kombinasi tradisi dan inovasi untuk memastikan stail yang luar biasa, demi memenuhi kehendak lelaki masa kini. Akhiri stail dengan menyarung kot trench ini supaya penampilan lebih ‘solid’.

4 Sempurna buat stail musim panas, GIORGIO ARMANI memperkenalkan beg pouch cerut yang menyimpulkan idea santai, tetapi cukup kukuh reka bentuknya. Terlihat sekali, ia melengkapi gaya kala senggang dan berlibur. Simpan segala keperluan dalam kompartmen beg ini dan sandangnya dengan cukup bergaya.

5 LANVIN menggabungkan ketahanan dan kekuatan pada ciptaan tali pinggangnya. Para artisan Lanvin menghasilkannya menggunakan material kulit yang tinggi kualitinya. Boleh pakai bersama jeans atau celana khaki, ia juga tampak sempurna buat kamu yang mahu ciptakan stail ‘cinch’ pada oversized jackets.

6 Topi baseball BALENCIAGA disempurnakan dengan logo BB yang muncul dalam rupa ‘bersahaja’ yang mampu meninggalkan kesan. Rekaan yang menjadi kebiasaan, padankan dengan keselesaan sendiri.

3

1

5

6

4

2

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.