Merentasi Adiwarna

KEINDAHAN SEMULA JADI SERTA KESIBUKAN KOTARAYA NEGARA ASIA TIMUR, VIETNAM MENJADI TITIK PERMULAAN INSPIRASI BAGI JENAMA CAMEL ACTIVE DALAM PEMBIKINAN KOLEKSI MUSIM BUNGA PANAS 2018.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

amanya sahaja sudah sinonim dengan ceritera satu pengembaraan. Camel Active cukup dikenali dengan pakaian lelaki berilhamkan keunikan suatu tempat juga perbezaan budaya sesebuah negara. Buat musim bunga 2018, Camel Active mengeluarkan koleksi berlandaskan pengalaman menjelajahi benua Vietnam.

Diberi judul ‘Memories of Tomorrow’, Camel Active memberi pilihan yang pelbagai kepada lelaki berjiwa moden untuk memiliki jenis persalinan yang becirikan praktikal, mempesona dan punyai kualiti tinggi agar tampil berkeyakinan kala disarung.

Sememangnya, DNA tipikal jenama ini terserlah di mana potongan gaya retro dan pengaruh gaya pemakaian resort era 1940-an serta ketegasan uniform pakaian tentera menjadi tunggak rekaan koleksi ini. Di mana ia memperlihatkan nada yang kuat dalam menawarkan keselesaan, perlindungan juga mudah dipadankan bersama apa jua siluet dengan sempurna.

Antara pilihan helaian terbaru yang anda boleh dapatkan termasuk blazer olahan masa kini, jaket fabrik jersi, parka berukuran oversized, seluar denim berbagai rona biru, chinos Bermuda dan jaket kulit dalam rona lembut yang memberikan mood musim bunga yang ceria. Dan buat kali pertama, Camel Active mengeluarkan pullovers linen yang menawarkan keselesaan dingin di kala memakainya tatkala sedang berlibur.

Bagi penggemar pakaian kasual yang mementingkan gaya fesyen yang praktikal, Camel Active pilihan yang tepat untuk anda berbelanja bagi melengkapi imej moden anda. Tak lupa juga, jenama ini menyediakan beberapa aksesori lain seperti kasut dan beg untuk melengkapi cerminan imej anda.

Teks: Arie Sampornak Gambar: Camel Active

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.