Fashion Updates 2018

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

TREND FESYEN SENTIASA BERUBAH DAN BERKEMBANG DI SELURUH DUNIA. PEMBAHARUAN DALAM DUNIA FESYEN TERUS MENGUJAKAN RAMAI PENGIKUT DI PERINGKAT GLOBAL. PENGGIAT FESYEN YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBENTUK ARUS FESYEN BARU DAN MENERUSKAN SEMANGAT INI SERTA MEMBAWA EKSISTENSI FESYENNYA YANG DINAMIK KE PASARAN YANG TERTINGGI. SO, WHAT’S UP WITH TODAY’S FASHION?

Bermula tahun lalu sehinggalah detik ini, telah banyak pembaharuan yang melanda industri fesyen global. Banyak trend fesyen baru tercetus lalu membentuk cita rasa anak muda dan pemakaian para lelaki masa kini. Apa yang saya saksikan, paling ketara sekarang ialah trend ‘athleisure’. Tak kira pelbagai generasi, stail tersebut giat dipamerkan. Dan usah perlu destinasi khusus, mereka yang menggemari stail seperti ini terus memakainya.

Jikalau diimbas beberapa tahun lalu, sewaktu platform Instagram mula diperkenalkan, fesyen ‘sartorial’ ala Pitti Uomo mewarnai OOTD, dan kini semakin jarang. Golongan muda ketika itu (tak kira pekerjaan) gemar memakai sesuatu yang formal dilengkapi aksesori klasik lelaki. Sehinggakan ada yang mengecam kelompok yang bergaya seperti ini di tengahtengah panas kota (langsung mempopularkan #akuyangpakaikoyangpanas di Instagram). Gaya tersebut telah membawa dimensi baru terhadap pemakaian lelaki. Not just that, it became a style phenomenon around the world.

Namun, kebelakangan ini, para lelaki terutamanya generasi milenial tidak lagi bergaya sebegitu. Kini lebih ringkas dan selesa. Menyarung sweater FILA yang dipadankan dengan fanny pack Gucci lebih mencuri tumpuan. ‘Likes’ yang dikumpul pun lebih tinggi berbanding padanan stail klasik. Helaian berlogo vintaj yang menjadi obsesi. T-shirt dan jaket yang sarat dengan logo jenama, kini menjadi bestsellers. Tak salah rasanya, kredit harus diberikan kepada rumah-rumah fesyen seperti Versace, Fendi, Calvin Klein dan Gucci yang telah mengembalikan trend itu. They’re inventing the new cool.

OLD-SCHOOL SPORTSWEAR

Letusan jenama sukan era ’90-an yang muncul tanpa diramal telah mengubah hala tuju fesyen masa kini. Bagi mereka yang membesar sekitar era ’90-an, ligat mempamerkan baju-baju jenama sukan kegemaran terdahulu, seperti FILA, Reebok, Umbro, Diadora, Champion dan Puma. Ada yang mula menyelongkar almari untuk mencari semula pakaian-pakaian lama. Tak kurang juga yang menjual semula pakaian tersebut secara online pada harga yang cukup tinggi.

Suatu ketika dahulu jenama-jenama inilah yang mendukung stail remaja dan kini dikembalikan semula, better than ever! Sejak label haute street wear, seperti Supreme juga Adidias dan Nike membuat kemunculan semula, keperkasaan trend ‘athleisure’ semakin kukuh selaras dengan cita rasa fesyen generasi sekarang.

Selain berupaya mengembalikan memori indah sewaktu remaja, reka bentuk dan stail yang menyimpul setiap rekaan punya kekuatan tersendiri. Misalnya, jaket parka Umbro, baju panas FILA yang bervariasi warna dan t-shirt klasik Champion, diperhatikan kerap dipakai golongan tetamu Minggu Fesyen yang pastinya mencuri tumpuan lensa kamera. Gaya yang menonjolkan jenama seperti inilah mula menjadi rujukan dan inspirasi buat mereka yang mahukan pembaharuan kala berfesyen.

Dan jangan terkejut, harga jualan jenamajenama ini sebenarnya tak murah. Not even affordable. Harganya mampu mencecah nilai ribu ringgit untuk sehelai baju panas. Kasutnya pula harga tak masuk akal. Tetapi yang peliknya, ia tetap laris dan ‘sold out’ dalam sekelip mata. Saya sendiri pernah menjenguk ke premis multi-label yang menjual barangan Champion dan FILA, alangkah terkejutnya saya melihat tag harga, di mana harga sehelai t-shirt Champion ialah RM250. Isn’t it crazy?

Senario baru ini turut disebabkan peningkatan peminat K-Pop di seluruh dunia. Kerana kebanyakan penyanyi kumpulan K-Pop dan golongan fesyenista Korea dan Jepun memperbaharui gaya lama mereka kepada yang lebih segar dan kekinian. Sportswear yang menjadi pilihan. Langsung menggambarkan imej baru mereka.

Cuba ambil masa sebentar dan layari Instagram golongan influencers asal Korea dan Jepun, seperti @ jdinkoreasince2012 dan @ keisukeasano_. Amati satu per satu gaya mereka, terbukti stail mereka terarah labellabel nostalgik yang tanpa ragu menjadi obsesi ramai.

PENGARAH KREATIF

Berita pertukaran pengarah kreatif jenama-jenama fesyen global paling menjadi highlight kebelakangan ini. Satu per satu jenama mengumumkan pengunduran dan pengganti pengarah kreatif mereka. Ada nama yang tak diramal diumumkan. Ia bagaikan satu strategi baru yang saya pun tak tahu apakah matlamat semua ini. Penukaran ini saya sifatkan drastik.

Bermula dengan perkhabaran Hedi Slimane ke Celine, pengunduran David Koma di Mugler yang digantikan oleh Casey Cadwallader, Riccardo Tisci ke Burberry, Kris van Assche ke Berluti, Clare Waight Keller ke Givenchy, Jonathan Saunders meninggalkan Diane von Furstenberg, Kim Jones yang memukau di Louis Vuitton berpindah ke Dior Homme dan wajah baru, Virgil Abloh menyambung legasi lelaki Louis Vuitton.

Biarpun, berita penukaran pengarah kreatif sukar kita nak ‘keep up’ – siapa ke mana, siapa said goodbye dan sebagainya – ia tetap mengujakan serata pengikut fesyen untuk menyaksikan apakah tawaran baru mereka. Will it be the same as before? Atau pun akan bertukar 180 darjah.

Jikalau ditanya kepada saya, I’m surely excited. Majoriti jenama yang terlibat dengan penukaran ini merupakan kegemaran saya, yakni Burberry, Riccardo Tisci, Dior Homme dan Kim Jones. Dan pabila mendapat tahu rangkaian jenama dan individu ini terlibat dengan penukaran, saya rasa ingin lebih tahu apakah yang bakal dibawakan oleh mereka semua.

Perlantikan Virgil Abloh – yang sebelum ini lebih dikenali selaku pengasas jenama Off-White juga Pengarah Kreatif untuk Kanye West – memang saya tak duga. Sebab apa, namanya dikira baru dalam industri fesyen. Agaknya mungkin bilangan pengikut Virgil yang berjuta terutamanya di kalangan generasi baru antara sebab dia terpilih sebagai pengarah kreatif Louis Vuitton terbaru. Tahniah buat Virgil. Dan mungkin juga, berdasarkan koleksi perdana Louis Vuitton X Supreme yang berjaya mencuri tumpuan satu dunia telah membuatkan orang kuat Louis Vuitton terfikir tiba masanya pembaharuan terhadap Louis Vuitton dilaksanakan. And Virgil should bring the change. Bosan juga dengan idea kembara Kim Jones yang tak tersudah.

LABEL WAJIB TAHU

Bagi mereka yang tertinggal info baru fesyen, sudah tiba masanya untuk anda ambil tahu label fesyen baru yang mula menjadi obsesi ramai. Vetements, Off-White, Acne Studio, MSGM, AMI, Public School, dan Yeezy Supply antara jenama yang pada mulanya bergerak secara ‘underground’ kini tampil sebagai mass products. Berikutan dengan falsafah ‘diversity’ berpaut pada aspek kreatif yang diperkenalkan oleh mereka telah memunculkan trend baru nan segar.

Generasi masa kini yang gemarkan stail mencerminkan keperibadian dan identiti mereka merupakan alasan ia mendapat sambutan hangat. Setiap pereka terbabit sememangnya punya identiti dan tema tersendiri, namun kreativiti berkenaan bersatu dalam koleksi yang dipersembahkan.

Penglibatan jenama-jenama ini memberi nafas baru dalam industri fesyen di rantau ini, sekali gus membawa keterujaan yang sangat positif. There’s always something new to talk about fashion. Dengan kemunculan pereka-pereka ini, terjumpa pula wajah-wajah baru yang bertindak sebagai inspirasi fesyen buat generasi yang seterusnya. Isn’t it great?

EDWARD ENNINFUL & DIVERSITY

Dokumentari The September Issue yang memperkenalkan saya kepada figura penting fesyen masa kini, Edward Enninful. Saya mengagumi kerjanya dalam menghasilkan editorial fesyen yang sentiasa berada di luar jangkaan. Dan pabila namanya diumumkan sebagai pengarang British Vogue yang baru, saya teruja dan mahu menyaksikan pembaharuan yang bakal dibawanya kepada majalah tersebut. And yes, he slayed!

Isu pertama British Vogue kelolaan Edward terbukti mencetus fenomena tersendiri. Penampilan model, Adwoa Aboah menghiasi sampul British Vogue telah ‘viral’ dek orang memuji usaha majalah tersebut mempromosikan kepelbagaian.

Isu ‘diversity’ yang semakin mendapat tempat telah pun dirancakkan lagi dengan penghasilan cover majalah tersebut. Wajah unik Adwoa ditata solekan bold yang secara tak langsung, menyimbolkan the fun in fashion. Keperkasaan diversity tak terhenti di situ sahaja, majalah-majalah fesyen lain turut mengikut langkah British Vogue untuk mempromosikan diversity, melalui editorial fesyen dan muka hadapan.

Di samping kehangatan isu diversity, beberapa individu penting fesyen, seperti jurugambar Bruce Weber dan Mario Testino pula menerima tuduhan serangan seksual terhadap beberapa model lelaki. Biarpun belum disahkah sepenuhnya oleh pihak tertentu, tetapi ia sedikit sebanyak menjejaskan reputasi industri fesyen. Terdapat segelintir yang memandang serong pada industri fesyen. Ekoran itu, dua jurugambar tersebut ‘digantung’ seketika untuk bekerjasama dengan beberapa label dan majalah. Permasalahan ini membuka perbincangan buat golongan tertentu dan menjadi main highlight dalam dunia fesyen buat seketika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.