Faber- Castell & Malaysia

TAHUN INI MERAIKAN 40 TAHUN PENGARUH DAN IMPAK BESAR JENAMA ALAT TULIS INI TERHADAP KEHIDUPAN KITA RAKYAT MALAYSIA

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Tak kira pun usia kita, sekurangkurangnya sekali dalam seumur hidup, jemari kita pernah menggenggami alat tulis daripada Faber- Castell. Baik pensel dan pemadam tika di bangku sekolah, mahupun pena di alam kolej dan pekerjaan. Malah, dengan populariti trend buku mewarna yang menular sejak beberapa tahun yang lepas, pensel warna Faber- Castell kini kembali menjadi teman minda kreatif kanak-kanak mahupun si dewasa. Menyebut pasal warna, antara artis-artis agung yang pernah berkarya dengan produk Faber- Castell termasuk Vincent Van Gogh, Paul Klee, Oskar Kokoschka dan juga pereka Karl Lagerfeld, yang tampil dengan set premium The Karlbox edisi terhad, hasil kolaborasinya dengan jenama ini dua tahun yang lalu.

Pengaruh Faber- Castell dalam hidup kita amat bermakna. Dan sedar tak sedar, tahun ini meraikan 40 tahun penubuhan subsidiari Faber- Castell di Malaysia. Yang kini sudah berkembang menjadi pengeluar dan pembekal produk-produk alat tulis berkualiti tinggi yang utama di negara ini dan juga pengeluar pemadam yang terbesar di dunia. Jika dikirakan, Faber- Castell Malaysia menghasilkan sebanyak 180 juta batang pen mata bola dan pen gel serta lebih 200 juta keping pemadam setiap tahun bagi pasaran tempatan dan juga antarabangsa, termasuk Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Timur Tengah serta rantau Asia Pasifik.

Semestinya pencapaian yang begitu signifikan menuntut sebuah parti yang mewah. Maka bulan Mac yang lalu, ulang tahun Faber- Castell yang ke- 40 diraikan dengan penuh warna. Bertempat di

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, acara istimewa ini dihiasi pameran produk-produk yang berjaya memenangi anugerah selain inovasi terkini Faber- Castell, seperti Super Clip Gel, Air Gel, Eco Gel, WinBall (Pen Mata Bola), Textliner 38 Pastels (Highlighter), Shark Mechanical Pencils dan

One Touch Corrector.

Aneka persembahan budaya dan nyanyian pula merancakkan lagi suasana dewan makan, yang turut dihadiri tetamu ternama seperti Duta Jerman ke Malaysia , H.E Nikolaus Graf Lambsdorff, Ahli Lembaga Eksekutif Faber- Castell AG Countess Mary Von Faber- Castell, Ketua Pegawai Eksekutif Faber- Castell AG Daniel Rogger dan sudah tentunya, Pengarah Urusan Faber- Castell Malaysia, Dr. Toh Yan Peng.

Selaku orang kuat FaberCastell Malaysia, Dr. Toh Yan Peng mengimbas kembali nostalgia momen awal beliau memperkenalkan jenama alat tulis ini kepada rakyat Malaysia. “Walaupun pencapaian kini menunjukkan masa tersebut telah digunakan dengan sebaik-baiknya, ia juga menunjukkan komitmen syarikat ini ke arah memperkukuhkan FaberCastell sebagai jenama premium global yang dikenali dan diakui oleh semua,” kata Dr Toh.

Di majlis malam itu juga, FaberCastell Malaysia telah memberikan sumbangan sejumlah RM20,000 kepada badan Hope Worldwide. Sebagai dana untuk menyokong Program Membaca dan Seni Kreatif Hope Worldwide khas buat kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun dari komuniti yang kurang bernasib baik di Sentul dan kawasan sekitarnya. Tahniah dan terima kasih, Faber- Castell Malaysia, for bringing colour to our lives!

DR. TOH YAN PENG,

PENGARAH URUSAN FABER- CASTELL MALAYSIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.