Spesifik Untuk Anda

MENGIKUTI JEJAK TREND PERSONALISASI DALAM ARENA FESYEN, INDUSTRI PENJAGAAN DAN KECANTIKAN PULA TAMPIL DENGAN PRODUK-PRODUK YANG DIFORMULASIKAN KHAS MENGIKUT KEPERLUAN PERIBADI SI PENGGUNA

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

einginan untuk mencari sesuatu yang unik dan tersendiri sudah menjadi satu kebiasaan dalam industri fesyen. Mengapa tampil dalam desain yang direka untuk semua orang jika kita boleh menyarung sesuatu lebih khas untuk diri kita sendiri, bukan? Lazimnya didahulukan dengan terma ‘bespoke’, ‘customised’ atau ‘tailor-made’, kini begitu mudah untuk kita nikmati khidmat personalisasi untuk item-item fesyen pilihan kita. Hugo Boss dan Ermenegildo Zegna misalnya memberi perkhidmatan personalisasi untuk sut dan kemeja dalam seleksi potongan dan fabrik mengikut citarasa peribadi. Gucci pun punya servis yang sama untuk rekaan jaket kulit dan jaket bomber, juga untuk rekaan tas tangan sebagaimana yang ditawarkan oleh Coach. Nike pula sudah popular dengan servis customisation untuk sniker mereka manakala jenama beg messenger ikonik, Timbuk2 menyediakan kemudahan untuk mereka stail beg anda sendiri, baik secara atas talian ataupun melalui butik Bratpack di cawangan Midvalley Mega Mall, Kuala Lumpur.

Menariknya kini, trend ini sudah mula mempengaruhi industri kecantikan. Buktinya? Dalam dua tahun kebelakangan ini kita boleh lihat peningkatan dalam produkproduk kecantikan dan grooming yang lebih personalised.

And it actually makes more sense. Kerana kondisi kulit setiap manusia berbeza-beza mengikut aspek jantina, usia, genetik, geografi dan gaya hidup. Tuntutan kulit berminyak seorang remaja Eropah yang tinggal dalam iklim empat musim adalah berlainan dengan keperluan kulit berminyak seorang dewasa Asia yang duduk dalam iklim tropika, misalnya. Maka, secara ideal, mereka memerlukan rawatan berlainan sungguhpun mempunyai jenis kulit dalam kategori yang sama.

ANALISA PERSONAL

Sebagaimana ukuran badan perlu diambil dahulu sebelum tukang jahit boleh menghasilkan sut bespoke khusus untuk anda, setiap produk kecantikan atau penjagaan peribadi hanya boleh dihasilkan setelah analisis kulit anda dibuat terlebih dahulu.

Antara pelopor personalisasi produk dalam industri kecantikan/penjagaan ialah Ioma, syarikat Perancis yang mula ditubuhkan lapan tahun yang lalu. Ioma dikenali dengan diagnosis saintifik yang dibuat untuk mengenali kulit anda dengan lebih dekat — secara literal! — sebelum mencadangkan produk yang sesuai untuk anda.

Diperkenalkan di Malaysia sejak Oktober 2017, antara produk personalisasi bestseller jenama ini ialah Ioma Ma Crème, satu krim wajah yang akan dirumus daripada 40,257 formula berbeza, khas untuk anda. Anda boleh memilih di antara Ma Crème Day atau Night. Di mana Krim Asas Siang memberi fokus lebih kepada penghidratan dan perlindungan manakala Krim Asas Malam tertumpu pada proses anti-penuaan dan ketegangan kulit.

Untuk menentukan formula paling ideal untuk produk Ma Crème anda, Ioma menjalankan diagnosis personal melalui mesin khas mereka yang boleh didapati di gedung Robinsons, Kuala Lumpur. Konsultasi personal ini akan mengukur keadaan kulit wajah berdasarkan tujuh dimensi berbeza. Yakni, Dehidrasi, Garisan Halus, Kedutan, Kemerahan, Kegiatan Bakteria, Kandungan Sebum dan Tompok Hitam. Dan anda pasti akan terkejut dengan keputusan diagnosis ini! Kerana anda akan dipersembahkan dengan keputusan yang amat spesifik dan informatif tentang kulit anda, yang mungkin berlainan dengan tanggapan awal anda. Daripada hasil penemuan diagnosis ini, Ioma kemudiannya menggunakan Ioma In.Lab, iaitu satu mesin istimewa yang akan menghasilkan Ma Crème dengan formulasi spesifik untuk kulit anda — dalam masa kurang daripada satu minit! Ioma juga boleh mengesyorkan produk-produk lain yang boleh memberi sistem penjagaan yang lebih rapi untuk keperluan kulit anda. Mereka turut menggalakkan diagnosis baru setelah 4 minggu untuk menilai keberkesanan penggunaan produk Ioma.

Sungguhpun kita sedia maklum bahawa faktor usia, fisiologi dan genetik menjadi penentu kepada keadaan kulit masing-masing, gaya hidup terutamanya cara pemakanan dan aktiviti fizikal turut menjadi faktor penyumbang kepada kondisi kulit kita. Satu keistimewaan berbanding kebanyakan

jenama penjagaan yang lain, jenama Proverb (proverbskin. com) mengamalkan sistem penjagaan kulit yang berasaskan falsafah nutrisi dan sukan. Lebih istimewa lagi, rangkaian ini disediakan untuk lelaki sahaja.

Baru dilancarkan penghujung tahun lalu, rangkaian produk mereka dihasilkan di UK dan hanya menggunakan ramuan aktif, semualajadi dan organik. Tapi, Proverb bukanlah sekadar produk penjagaan sematamata. Untuk memastikan kulit wajah anda kekal sihat, Proverb turut menyarankan ‘program latihan’ merangkumi rutin penjagaan kulit, makanan tambahan (supplements) dan nasihat pakar. Khasnya, Program Latihan ‘4 X 4 X 4’ yang melibatkan 4 jenis produk dan 4 pergerakan senaman muka dalam 4 minit.

Thom Evans, model dan bekas pemain rugbi Scotland, telah dipilih selaku wajah rangkaian produk Proverb. Thom juga dilihat membuat demonstrasi Program Latihan Proverb dalam format video sebagai rujukan pengguna. Servis personalisasi mereka pula hadir dalam bentuk app tersendiri yakni PROVERBSKIN App yang boleh merangka rutin spesifik berdasarkan cara hidup, profail kulit dan matlamat penjagaan peribadi anda. Something unique and different yang wajar dicuba?

TERAPI RAMBUT PERIBADI

Satu lagi perkembangan baru dalam khidmat personalisasi dalam arena kecantikan yang semakin hangat diperbual melibatkan satu aspek keterampilan yang sering dilihat sebagai obsesi seorang lelaki: rambut.

Admit it. Lelaki cukup obses dengan rambut. Gaya rambut, keadaan rambut… inilah mahkota peribadi kita, bukan? Dan kini, satusatunya jenama yang telah mengaplikasikan sentuhan customisation pada produk penjagaan rambut ialah Function Of Beauty (www. functionofbeauty.com). Diasaskan oleh dua graduan kejuruteraan Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan seorang pakar kosmetik, Function Of Beauty yakin mereka punya lebih 12 bilion (for real?!) formula syampu dan perapi berbeza untuk memenuhi kehendak personal setiap klien mereka.

Dan setiap formulasi itu bergantung kepada matlamat peribadi anda. Malah, anda boleh membeli beberapa syampu dengan formula berbeza berdasarkan matlamat peribadi itu. Misalnya, bulan ini mungkin anda lebih menitik beratkan pemulihan split ends, penyuburan akar rambut dan perlindungan warna rambut. Bulan lain pula anda mahu menambahkan volum, menenangkan kulit kepala dan menangani rambut berminyak. Selain itu, anda juga boleh memilih warna dan haruman untuk syampu dan perapi anda. So the possibility is endless.

Yang penting, pendekatan personalisasi produk penjagaan rambut ini disambut dengan cukup positif. Kerana sebagaimana kulit, kondisi rambut setiap individu itu punya karakter tersendiri, jadi memerlukan rawatan tersendiri juga. Malah, ramai pengguna yang sudah mencuba Function Of Beauty meluahkan rasa kagum mereka pada keberkesanan produk jenama ini dalam memberi solusi untuk permasalahan spesifik rambut mereka.

Beberapa jenama lain yang turut menyediakan servis personalisasi syampu dan perapi termasuk Cloud 10, HairRx, Profilepro dan Shampyou. Malangnya, buat masa sekarang, Function Of Beauty dan jenama-jenama ini hanya menghantar produk mereka ke seluruh Amerika Syarikat, dan lokasi-lokasi terhad. Namun, usaha sedang digiatkan untuk membolehkan penghantaran ke destinasi global yang lain.

(IOMA MA CRÉME, RM995 (TERMASUK GST), 50ML

(FUNCTION OF BEAUTY)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.