Sang Penggoda

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

BERSULAM NOTA MASKULIN, WANGIAN SAGA TERBARU DARI MONTBLANC MERAIKAN AURA KARISMA JEJAKA MASAKINI. APUNGAN AROMA LEBIH HANGAT MEMBIASKAN SISI MISTERI, MELAUNG TINGGI BUDI PEKERTI SEBENAR SI LELAKI.

Selama lebih 100 tahun, Montblanc telah mencitrakan aksesori penting yang tahan lama. Termasuk instrumen penulisan, jam tangan dan barangan kulit. Kesemuanya digarap timeless biarpun visi diperbaharui, terus memandang ke hadapan dengan memuja kecanggihan teknologi hari ini. Tahun 2011, Maison ini membuka bab baru dalam warisan sejarahnya dengan membentangkan wangian Legend.

Haruman ini terus memenangi hati para jejaka dek aroma signatur serta visual yang unik rakaman, Peter Lindbergh. Jurugambar terkemuka ini berjaya menggambarkan jejaka Montblanc yang penuh karisma lantas memberi inspirasi.

Beralih tahun 2015, wangian saga yang menjulang aura maskulin ini diteruskan dengan Montblanc Legend Spirit. Yakni, versi wangian yang lebih segar lagi berani. Ibarat satu kesinambungan kecemerlangannya, mendedahkan sisi misteri dengan wangian terkini. Sekali gus merupakan wangian pertama dalam inti pati Eau de Parfum garapan Montblanc untuk lelaki. Aroma haruman Montblanc Legend Night ini membiaskan aspek-aspek personaliti seorang lelaki yang menggoda lagi sensual. Namun, masih menjaga keperibadiannya.

MONTBLANC LEGEND NIGHT

Sesuai dilayangkan pada hujung petang serta malam, nota aromatiknya diasaskan dari clary sage dan pepermin lalu dipertingkatkan dengan kehangatan rempah-ratus kepulaga serta bergamot bagi memberikan nada yang segar dan energetik. Nota pertengahan pula mengimbangi kehangatan nota pembuka dengan aroma kayu cedar yang berbalas nada bunga lavender, yang mana adalah sentuhan klasik dalam wangian lelaki.

Demikian, wangiannya disempurnakan dengan nota akhir bersama vetiver dan kayu Patchouli. Hadir dalam tiga saiz, botol wangian direka oleh Antoine Maisondieu dan Olivier Pescheux yang menyifatkannya sebagai ‘karisma si pemakai’, ultramaskulin namun bebas daripada keagresifan. Terjual di gedung kecantikan Sephora and Sasa, harga setiap botol adalah EDT 100ml RM399, EDP 50ml RM299 dan EDP 30ml RM205.

“DIASASKAN DARI CLARY SAGE DAN PEPERMIN LALU DIPERTINGKATKAN DENGAN KEHANGATAN REMPAH-RATUS KEPULAGA SERTA BERGAMOT BAGI MEMBERIKAN NADA YANG SEGAR DAN ENERGETIK.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.