Hefny Sahad

WAJAH KOMERSIAL HEFNY SAHAD SEMEMANGNYA DIAKUI SEDANG MENYINAR MELALUI PELBAGAI PROGRAM TV BERBENTUK HIBURAN. DI SEBALIK KEPETAHANNYA MENGACARAKAN PROGRAM TV, DIA TURUT MENARUH BAKAT DALAM BIDANG LAKONAN YANG KINI DINILAI MUTU LAKONANNYA SEMAKIN MENINGKAT

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

APAKAH IDEA KEBAHAGIAAN SEMPURNA? Minum kopi dan makan donut pada pagi Ahad.

PERKARA PALING DITAKUTI? Jam loceng tak berbunyi, oleh itu lambat pergi kerja.

INDIVIDU PALING DIKAGUMI? Steven Gerrard (bekas pemain Liverpool).

WHAT ISYOUR FAVOURITE JOURNEY? Mengerjakan umrah baru-baru ini.

ON WHAT OCCASION DOYOU LIE? Untuk menyelamatkan orang lain dan diri sendiri. Haha!

JIKA ADA SATU PERKARA TENTANG DIRI ANDA YANG BOLEH DIUBAH, APAKAH PERKARA ITU? Ketinggian. Lebih tinggi sikit, mungkin?

BAHAGIAN PENAMPILAN TIDAK DISUKAI? Gigi. Rasa nak pakai pendakap gigi cumanya terasa diri ini sudah tua untuk memakainya.

PERKATAAN ATAU FRASA PALING KERAP DISEBUTKAN? “Bukan biasabiasa”, “Eleh”. BILA DAN DI MANAKAH TEMPAT ANDA RASA PALING GEMBIRA? Pulang ke kampung untuk berhari raya kerana dapat berkumpul bersama keluarga yang jauh dan dekat.

WHAT IS YOUR CURRENT STATE OF MIND? Banyak perkara yang perlu difikirkan sekarang.

PENCAPAIAN TERBAIK? Tergolong antara nama-nama besar yang pernah mengacarakan program Muzik Muzik.

PERKARA PALING DIHARGAI DALAM TEMAN-TEMAN ANDA? Kejujuran dan kesetiaan mereka.

BEING RICH ORPOOR, WHICH ONE WILL YOU CHOOSE ANDWHY? Kaya kerana kita sekarang hidup dalam zaman yang semuanya perlukan duit.

SIFAT PALING MENYERLAH PADA KARAKTER ANDA? Berkepimpinan.

APAKAH BAKAT SERING ANDA IMPIKAN? Melukis.

CABARAN TERBESAR? Bertahan hidup ketika awal menetap di Kuala Lumpur pada usia 19 tahun. LELAKI TAK PATUT… Bergosip seperti perempuan.

DEFINISI LELAKI ALFA? Lelaki yang tahu memimpin.

PERKARA TERBAIK PERNAH DIKATAKAN TENTANG SAYA ADALAH… I’m sweet! Haha.

WHAT IS ONE THING YOU WANT TO SEE IT PLENTY AND FREE IN THIS WORLD? Internet.

ANDA DI MASA SEPULUH TAHUN AKAN DATANG? Berniaga bersama isteri dan anak- anak.

PERKARA YANG TIDAK AKAN DILAKUKAN LAGI? Menolong ‘salah’ orang.

PERKARA PELIK TENTANG DIRI ANDA? Saya perlukan beberapa jam dalam sehari untuk bersendirian.

PERKARA YANG ANDA NANTIKAN DALAM MASA ENAM MINGGU? Mendapatkan bentuk badan sempurna kembali setelah empat bulan tidak bersenam.

TIP GROOMING? Pilih pakaian yang selesa dan kekal ringkas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.