Inspector Gadget

ERA INI, JANGANKAN ORANG DEWASA. KANAK-KANAK PUN SUDAH DIGODA PUKAUAN SUATU PERANTI.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Gajet seperti iPad, Tab, Smartphone pada masa kini bukan lagi satu kehendak tetapi telah menjadi seperti satu keperluan. Setiap lapisan masyarakat, tak kira tua atau muda, pasti ada sekurangkurangnya salah satu gajet tersebut.

Gajet ni ada baik dan ada buruknya. Kalau digunakan untuk tujuan yang baik, maka baiklah hasilnya tapi kalau untuk tujuan yang sebaliknya, hasil yang sebaliknyalah yang kita akan dapat.

Masa kini, adalah normal bila kita jumpa orang yang tekun mengadap gajet di manamana saja sampaikan yang tidak mengadap gajet itu yang kita rasakan seperti tidak normal. Perkara ini bukan saja di kalangan orang dewasa tetapi juga di kalangan kanakkanak.

Sebelum kahwin dulu, aku perhatikan saja anak- anak buah aku ketagih dengan gajet. Bukan gajet hebat-hebat pun cuma telefon pintar biasa dan bukan milik mereka pun, milik mak ayah mereka. Dua telefon itulah dikongsi beramai-ramai (dalam banyak masa lain berebut je) dan diguna bergilir- gilir. Lepas phone ayah habis bateri, sambung dengan phone ibu pula.

Lepas aku kahwin, aku perhatikan pula anak- anak buah baru aku (sebelah isteri). Ada yang sama macam anak-anak buah aku, pinjam phone mak dan ayah mereka tapi ada juga yang ada gajet sendiri. Yang ada gajet ni, hebat sikitlah. Bukan guna buat apa pun, sekadar main game dan tengok YouTube. Masa ni juga aku mula perhatikan anak-anak orang lain di sekeliling aku. Rata-rata memang beri anakanak mereka gajet. Pelik juga, tengok mak ayah tu, tak adalah rupa orang berada sangat tapi anak masingmasing pegang gajet.

Gajet ni memang boleh buat kita leka. Kalau yang dewasa pun boleh leka main gajet, inikan pula budakbudak. Kelekaan ini yang tak bagus, langsung benda-benda lain tak dibuatnya, melekat je dengan gajet.

Dah tak ada konsep bersosial macam zaman aku kanak-kanak dulu. Kena pula diaorang buka YouTube, lepas satu video, layan satu video lagi. Kekadang tu, boleh melarat ke videovideo yang tak sesuai untuk diaorang. Pernah jugalah di kalangan anak buah ni aku ‘kantoi’kan tengok video yang tak baik. Membebel jugalah aku tapi aku tengok budak-budak ni, dia tengok video tu bukan sebab dia memang nak tengok. Dia tak faham pun apa yang dia tengok sebenarnya. Cuma dah tersampai ke video tu, dia layan jelah. Sejak daripada tu, aku cakap dengan isteri aku, anak-anak kami nanti memang tak akan kami ajar bermesra dengan gajet. Baca sinisana, memang banyaklah keburukan dari kebaikan gajet ni untuk anakanak yang sedang membesar.

Tapi itulah, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Senang je Tuhan tu nak uji. Macam mana tak nak dedahkan anak dengan gajet, kalau kami sendiri susah nak berenggang dengan gajet kami? Sudahnya budak tu membesar dengan melihat kami sentiasa bergajet di tangan.

Budak-budak ni ibarat span, dia absorb apa yang diperhatikan di sekelilingnya. Satu hari, dengan tenangnya, anak aku switch on phone aku. Masa tu rasa aku, umur dia tak sampai setahun lagi. Terbeliak kau, biji mata! Dah la aku tak set password.

Mula-mula kami bagi dia main sikit- sikit. Tengok video pun yang educational, belajar kenal haiwan, kenal huruf. Tengok kartun pun yang tak ada aksi ganas- ganas berperang bagai. Lama-lama dia dah pandai sendiri buka channel dia (masa ni kami dah download YouTube Kids) dan kami pula yang jadi bergantung kepada gajet ni untuk mengawal dia. Kalau mengamuk je, beri phone.

Bila kami sibuk dengan urusan di rumah, dan nak lekakan dia supaya tak mengganggu, beri phone. Dalam kereta nak suruh dia duduk diam dalam car seat, beri phone. Pendek kata, untuk memudahkan urusan kami, memang kami hulur sajalah phone tu.

Sampai satu masa, anak aku dah terlalu attach dengan phone, kalau tak dapat, mengamuk. Aku sendiri takut tengok dia mengamuk – dah rupa kerasukan pun ada! Tapi one thing, anak aku ni ada masa drama dia over the top juga. Bila dapat pula, dia punya tekun tu, kita bercakap dengan dia pun dia buat tak tahu saja. Sejak itu, kami mula kawal gajet yang ada. Sentiasa kena sorok dari pandangan dia dan divert perhatian dia dekat permainan dia yang lain. Menjadi jugalah strategi kami setakat ni. Sepupu dia yang lain pun dah tak melekat dengan gajet, jadi lagi senang kerja kami.

Cuma itulah, lebih baik mencegah dari mengubati. Sekarang ni, kalau dia nampak siapa- siapa yang leka dengan phone, tak layan dia, dia akan minta phone tu untuk dia main pula haha… sekarang yang selalu kena Atuk dengan Wan lah…

“SAMPAI SATU MASA, ANAK AKU DAH TERLALU ATTACH DENGAN PHONE, KALAU TAK DAPAT, MENGAMUK. – DAH RUPA KERASUKAN PUN ADA!”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.