BALSAM BERBAHAN BOTANI

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS SEGAK RAPI -

Balsam bibir yang diperkaya dengan antioksidan ini bertindak untuk menghidratkan, melembutkan serta mengilatkan bibir. Sekali gus, bibir kelihatan lebih sihat kerana ia dilengkapi ekstrak tembikai tulen, vitamin dan carotenoids untuk memberikan penghidratan unggul. Kandungan antioksidan trigliserida dari shea butter dan minyak Jojoba menyempurnakan balsam ini selain sweet almond dan rosehip, yang kaya dengan fitosterol, asid lemak dan vitamin penting, menampilkan bibir yang lembut dan kelihatan licin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.