4. Lincah, serba boleh, gah

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS AUTO -

Pengeluar jenama automotif premium bagi kenderaan kompak tercanggih negara, MINI Malaysia memperkenalkan MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaru yakni variasi Plug-In Hybrid pertama bagi jenis Kenderaan Sports Activity (SAV) daripada MINI. Ketua MINI Malaysia, En. Kidd Yam berkata, “Kami meraih kejayaan besar sejak generasi kedua MINI Countryman diperkenalkan April tahun lalu. SAV premium serba boleh ini juga merupakan tunjang kepada prestasi yang memecah rekod penjualan unit kenderaan pada tahun lalu iaitu sebanyak 1,011 unit. Pencapaian ini melakar pertumbuhan sebanyak 12% dari tahun 2016 dengan jumlah penjualan sebanyak 902 unit kenderaan. Pencapaian ini menjadikan MINI sebagai jenama kedua dengan perkembangan tertinggi dalam segmen premium di Malaysia dan berada di landasan yang tepat sebagai jenama ketiga terbesar dalam segmen tersebut.”

Kidd Yam turut berkongsi mengenai pencapaian MINI Countryman terbaru yang mendapat penarafan tertinggi 5 bintang melalui ujian Euro NCAP. Tatacara ujian yang ketat ini memberikan gambaran jelas mengenai model selesa MINI serba boleh ini yang menawarkan tahap keselamatan yang tinggi dalam apa jua situasi bagi kesemua tempat duduk kenderaan ini, selain turut direka khas untuk menerokai jalan-jalan yang lebih mencabar.

Kesenyapan kenderaan ini tidak boleh dipandang remeh, bahkan ia adalah petunjuk kepada ciri perintis yang jelas ditonjolkan melalui rekaan spesifik pada kekatup sisi yang dilekapkan lambang “e” dan lambang “s” berwarna kuning pada inskripsi model di bahagian belakang selain daripada kekisi radiator dan kemasan bendul pintu khas. Keghairahan MINI Countryman Plug-In Hybrid ini turut dilengkapi dengan kit badan ALL4, 19” Yours Masterpiece MINI, selain daripada port pengecas di bawah kelepak di kekatup sisi bahagian kiri.

Rekaan dalaman MINI Countryman terbaharu ini menampilkan kemasan roda stereng kulit Yours WALKnappa MINI. Butiran rekaan dalaman ini turut diterjemahkan dengan ketilitian sulaman bersilang berwarna aluminium. Paparan skrin sesentuh 6.5” beresolusi tinggi di bahagian kelompok instrumen dilengkapi dengan teknologi canggih terkini dan memberikan kawalan navigasi menyeluruh di hujung jari pemandu. Teknologi skrin sesentuh boleh mengesan sentuhan berbilang dengan fungsi pinch-to-zoom untuk akses peta dan penaipan.

MINI Countryman Plug-In Hybrid terbaru juga turut dilengkapi dengan butang eDrive untuk memberi pilihan mod pemanduan elektrik kepada pemandu seperti: mod standard AUTO eDrive, mod MAX eDrive yang berteraskan elektrik sepenuhnya, dan mod SAVE BATTERY untuk mengekalkan status pengecasan bateri bervoltan tinggi pada tahap yang malar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.