PEMASANGAN TEMPATAN PERTAMA

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS AUTO -

BMW Group Malaysia memperkenalkan jentera terbaru yakni BMW X3 yang dipasang di dalam negara buat julung kalinya. Ini membuktikan komitmen BMW Group Malaysia untuk mengembangkan pelaburannya di Malaysia, dan langkah ini juga menitikberatkan Malaysia sebagai sebuah hab bagi BWM Group di rantau Asia Tenggara. "Hari ini, kita meraikan generasi terbaru BMW X3, dan berdasarkan sejarah industri automotif premium, jentera inilah yang mewujudkan segmen premium SAV bagi kenderaan bersaiz sederhana pada tahun 2003. Ini merupakan contoh terbaik untuk menggambarkan inisiatif BMW ambil demi membentuk masa hadapan. Dengan penghasilan dua generasi kenderaan BMW X3, kita berjaya menjual lebih daripada 1.5 juta kenderaan untuk menerajui segmen ini di peringkat dunia. Pada hari ini, jentera terbaru BMW X3 bersedia untuk meneruskan kejayaan BMW dalam segmen kenderaan premium," kata En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap CEO BMW Group Malaysia dalam memperkenalkan BMW X3 pertama hasil pemasangan di dalam negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.