Olahan sut Giorgio Armani

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS FESYEN -

Servis kelas pertama Giorgio Armani’s Made to Measure diteruskan dengan pelancaran kempen iklan berwajah baru hasil tangkapan John Balsom. Cereka yang dimuatkan dalam tiap imej kempen menampilkan satu tenaga yang berbeza namun aturan gaya klasik Giorgio Armani dikekalkan. Konsep hitam dan putih melambangkan pesona sofistikated jenama tersebut yang dibintangi model bernama Pepe Barroso Silva dan Maxime Daunay. Masing-masing memakai sut bermacam rupa yang diperkuatkan dengan penggunaan fabrik bermutu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.