Greatest Escapade

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

RANGKAIAN KOLEKSI SALVATORE FERRAGAMO MUSIM BUNGA/PANAS 2018 MEMBERI KEBEBASAN PADA LELAKI DALAM PERIHAL BERPAKAIAN, APA PUN YANG MEMBUAT MEREKA NYAMAN TANPA MEMIKIRKAN KELAS DAN BATASAN. CIPTAAN GAGASAN BARU DALAM REKA BENTUK, POLA, PEMBAHARUAN MATERIAL DAN TEKNIK JAHITAN.

Label Salvatore Ferragamo kekal dengan prinsip asal yang giat mengutarakan ‘elegance’ pada sentuhan pakaian dan aksesori buat himpunan musim bunga/ panas 2018. Tidak bersandar pada trend semasa, bahan dasar pakaian yang elegan, sofistikated dan ‘timeless’ dipaparkan buat para lelaki yang ingin tampil stylish sepanjang musim ini.

Potongan dan perincian pakaian berpaut pada aspek tradisi, tetapi pada penampilan aksesori seperti kasut, terdapat pengaruh kesukanan yang dikesan. Penting bagi Salvatore Ferragamo untuk memikat pasaran generasi milenial yang obses pada helaian dan aksesori bersifat sukan. Kebebasan rekaan Salvatore Ferragamo menciptakan gagasan baru yakni lebih segar, siluet longgar dan spektrum warna lembut.

Helaian outerwear yang dipersembahkan menjunjung warna-warna sinonim musim panas, seperti ‘brown’, kelabu, putih dan biru lembut. Warna-warna yang nyaman mata memandang, langsung membangkitkan rangsangan mood musim panas yang serba relaks. Reka bentuk jaket, seluar dan sut pula tak banyak beza dengan rangkaian Salvatore Ferragamo musim terdahulu.

Keseluruhan koleksi ibarat mengajak kita mengembara ke destinasi-destinasi pantai yang cukup mendamaikan. Adaptasi dari gaya ini terlihat pada bentuk jaket, ‘detailing’ pada helaian dalam, fabrik pakaian, juga beberapa aksesori bereka bentuk tegas. Siluet busana yang menggabungkan struktur tegas dengan material ringan melambai.

Koleksi yang ditampilkan menjadi percampuran antara berbagai inspirasi, yang diterjemahkan menjadi koleksi lelaki yang chic, ada kontra tambahan, namun berkarakter. Itulah kemahuan lelaki sekarang.

Bagasi kembara, kasut, sniker, tali pinggang, kaca mata, beg silang dan beg sandang merefleksikan falsafah Salvatore Ferragamo, menciptakan pakaian yang bermutu dengan desain yang sangat universal, selesa dan dibuat untuk tiap lelaki. Pelbagai stail boleh dibentuk bertunjangkan padanan pakaian dan aksesori Salvatore Ferragamo musim ini. Yang turut mencabar kreativiti si pemakai. 5.

1.

4.

2.

3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.