Indeks Jam

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Jenama peranti boleh pakai atau wearable terkenal dunia, Fitbit mempersembahkan jam pintar keduanya yang dipasarkan dalam harga mampu milik. Fitbit Versa bukan saja murah juga diciptakan lebih ringan berbanding jam terdahulu. Sekali gus, mempamerkan susuk rekaan yang moden serta punya keupayaan bateri yang mampu bertahan selama empat hari. Versa hadir dalam tiga variasi pilihan rona. Dijual dengan harga bermula RM990 untuk model biasa dan RM1,120 buat himpunan edisi istimewa yang bertalikan anyaman. Fitbit Versa boleh didapati di kedai-kedai utama termasuk All IT Hypermarket, AONE Plus, Best Denki, Harvey Norman, Timekeeper serta Thunder Match. Juga terjual menerusi laman e-dagang Lazada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.