KOLABORASI EKSKLUSIF

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS JAM -

Bersempena ulang tahun ke-50 Mercedes-AMG, Ketua Pegawai Eksekutif IWC Schaffhausen yakni Christoph Grainger-Herr membintangi kempen media sosial terbaru olahan Mercedes-AMG. Filem pendek ini menampilkan Christoph memandu mobil terbaru Mercedes-AMG E 53 4MATIC + Coupé sambil diperlihat sama jam Ingenieur Chronograph Edisi Sport 'Ulang Tahun ke-50 Mercedes-AMG'. Jam edisi khas berpaksikan nadi gerakan IWC 89361 dalam case titanium yang teguh. Perlindungan medan magnet terpamer menerusi kaca belakang jam yang diilhamkan oleh cakera brek kereta sport berprestasi tinggi dari Mercedes-AMG. IWC Schaffhausen dan Mercedes-AMG sudah menjalinkan perkongsian sejak tahun 2004 lagi. Kerjasama ini mendasari kecanggihan terkini teknologi yang menggabungkan ketepatan kejuruteraan serta reka bentuk eksklusif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.