Wira-Wira Boss

HUGO BOSS MERAIKAN WAJAH BARU BUTIKNYA DI SINGAPURA DENGAN PARTI GEMILANG YANG DIHADIRI HERO HOLLYWOOD DAN JAGUH OLIMPIK TERKEMUKA

GLAM Lelaki (Malaysia) - - CONTENTS - GL

It was the biggest fashion party yet. Antara acara fesyen paling gah rantau ini, Mei lalu Hugo Boss membuka semula butik BOSS di Marina Bay Sands (MBS), Singapura dengan konsep interior yang baru. Dengan reka bentuk dalaman yang mencerminkan konsep yang lebih segar dijelmakan dalam material yang warm dan mewah seperti kabinet kayu baru dan lantai granit juga ruang duduk yang lebih luas, gaya baru butik BOSS itu disimbahi satu keselesaan mirip kediaman yang kontemporari dan elegan.

Mengisyaratkan episod baru Hugo Boss di rantau ini, majlis BOSS Unveils itu sewajarnya diraikan dalam suasana yang penuh glamor.

Malah, pelancaran rasmi butik MBS itu dilangsungkan dua hari berturut-turut, dan dihadiri oleh lebih 1,000 tetamu serantau

Asia termasuk ikon-ikon fesyen Malaysia dan Singapura seperti Awal Ashaari, Scha Alyahya, Marion Caunter, Pierre Png dan jurufoto terkenal Tan Chuando, yang masing-masing menggayakan persalinan Hugo Boss dengan cara tersendiri. Namun, istimewa buat Singapura, rakan baru jenama yakni pemenang medal emas Olimpik, perenang Joseph Schooling turut hadir untuk memperkenalkan koleksi kapsul khusus, hasil kerjasamanya bersama Hugo Boss.

But who are we kidding? Everyone was waiting for Chris Hemsworth! Baik selebriti jemputan yang lain mahupun para peminat, ikon yang ditunggu-tunggu di majlis eksklusif itu ialah Chris Hemsworth, yang turut dipelawa oleh Hugo Boss bersama rakan hero Marvel-nya, Sebastian Stan untuk bertandang ke Singapura demi meraikan wajah baru butik BOSS. Kedua- dua mereka hadir selaku duta jenama selain meminjamkan aura glamor mereka kepada parti gemilang itu.

Selain pelancaran semula butik MBS, para tetamu kemudiannya dipersembahkan pertunjukan fesyen lelaki dan wanita Hugo Boss untuk Musim Luruh/ Sejuk 2018. Sebagai finale acara, video kempen tempatan Hugo Boss yang dibintangi Joseph Schooling dipertontonkan buat pertama kalinya, sebelum para jemputan dihiburkan dengan set muzik hasil putaran model Park Soo dan DJ Mike Perry sepanjang after-party.

Hugo Boss turut berbesar hati menjemput GL untuk duduk sejenak bersama Joseph Schooling dan Chris Hemsworth sambil berbual bicara fasal pengalaman mereka selaku duta jenama fesyen itu, perkembangan karier masing-masing dan identiti seorang jejaka

Hugo Boss.

BUAL BICARA DENGAN JOSEPH SCHOOLING GL: Ceritakan sedikit tentang koleksi kapsul kamu dengan Hugo Boss. J.S: Hugo Boss telah memilih beberapa persalinan yang begitu tepat dengan gaya hidup saya. Seleksi pakaian kasual yang cukup chilled, yang sinonim dengan kolam renang seperti t-shirt, board shorts, beg dan tuala. I like it, it’s awesome! GL: Apakah stail peribadi Joseph Schooling?

J.S: Pabila ke kelas (di University of Texas, Austin), saya rasa saya tidak pernah menyarungkan seluar jean. Di kampus, lebihlebih lagi bila perlu berlatih di kolam renang, saya cenderung memakai sesuatu yang memudahkan saya untuk bersalin baju. Lagipun, it’s hot in Austin so no jeans! Tapi bila keluar makan malam bersama rakan-rakan, lain ceritanya. Saya mengambil peluang untuk mencuba gaya yang jarang saya pakai. Jadi, gaya peribadi saya agak pelbagai but I dress to the occassion. GL: Reaksi rakan-rakan terhadap imej kamu sebagai ikon fesyen? J.S: Haha, mereka suka perli saya, lebih-lebih lagi selepas melihat gambar-gambar saya (dalam majalah atau kempen). Tapi mereka bukanlah berniat jahat, sekadar berseloroh. Kerana mereka bangga dengan pencapaian saya. Dah namanya kawan, kan? Itu cara mereka untuk memastikan kaki saya tetap berpijak di bumi, haha. GL: Adakah kamu adventurous dalam bergaya? J.S: Yeah, I’d say I’m adventurous dalam bergaya. Saya gemar pada stail yang klasik, tapi saya mungkin akan memadankan kemeja pink dengan suit biru navy, misalnya. Something that pops. Saya kurang suka cara konvensional sut hitam dengan kemeja putih sahaja. Gaya itu tak salah pun, cuma saya suka bermain dengan warna terang mahupun corak. But nothing

too crazy. Kalau memakai corak, saya akan memilih corak belang, bukan polka

dot, misalnya. Polka dot tu comel, dan mungkin saya akan pakai kalau saya rasa lebih adveturous. It’s really about balance. GL: Perasaan dapat berkongsi satu pentas dengan Chris Hemsworth dan Sebastian Stan? J.S: It’s crazy! Saya memang peminat tegar Marvel dan Avengers. Peluang berjumpa dengan Sebastian cukup mengagumkan — dia amat down-to-earth, mudah bergaul. Dan Thor pula ialah karakter kegemaran saya, selain Iron Man. Jadi, diberi peluang untuk bernafas udara yang sama dengan Chris, itu sangatlah cool! Satu momen yang saya akan kenangkan sampai bila-bila pun.

GL: Harapan untuk Sukan Asia bulan ini? J.S:

Saya tak mahu letakkan sasaran medal yang spesifik. Yang lebih penting adalah untuk membantu rakanrakan pasukan saya sebaik yang mampu. Dan sudah tentu saya mahu kecapi masa renang yang terbaik.

Dan besar kemungkinan ini kali pertama saya akan mengambil bahagian dalam acara relay. Saya percaya kami punya potensi untuk mendapat kedudukan podium dalam acara renang bergantiganti. Dengan Singapura sebagai negara kecil bersaing dengan gergasi seperti Korea, Jepun, dan China, jika itu berlaku seharusnya akan menjadi satu kejayaan yang besar.

GL: Siapakah Hugo Boss Man of Today? J.S:

Hugo Boss Man of Today, you’re supposed to own it. Jadi konfiden, mesra, dan segala yang seorang lelaki impikan pada dirinya. Jadi bagi saya, agak mudah untuk kecapi idea itu kerana sebagai seorang atlet, pabila melangkah ke atas blok permulaan itu, saya perlu anggapkan diri saya the best in the world. Dengan cara sebegitu saja kita boleh jadi yang terbaik. Tapi ada bezanya berasa konfiden dengan berasa angkuh. Rasa konfiden ialah yakin pada diri bahawa tiada siapa pun boleh mengubah pendirian dan diri.

SEJENAK BERSAMA CHRIS HEMSWORTH GL: Selaku wajah BOSS Bottled, adakah kamu memang minat pada haruman? C.H:

Tak juga. Maksud saya, saya jenis yang tidak fikir terlalu mendalam bila membuat keputusan berkaitan wangian, atau apa yang saya mahu makan atau pakai. It’s gotta be like a gut feeling. Tapi saya suka bau BOSS Bottled. Satu haruman yang sudah wujud bertahun lama, dan punya sejarah cukup ikonik. Saya bangga menjadi sebahagian daripadanya. Yang lebih penting, isteri saya pun suka baunya dan dialah suara paling penting dalam rumah saya, haha.

GL: Di awal karier, kamu lebih cenderung pada drama tapi kebelakangan ini pula banyak bermain dengan komedi.

Is comedy easier?

C.H: Hmmm… (fikir sejenak). Ya, sort of, haha. Saya lebih selesa dengan komedi. Saya rasa lebih ‘loose’ berbanding menjadi leading man yang ‘keras’ dan kurang emosi

— saya cukup tidak selesa dengan watak sebegitu. Terasa rigid. Saya mahu lebih bebas bergerak, kerana saya punya energi yang banyak dalam diri saya. Jadi saya dapati berlakon komedi memang mencemaskan sebenarnya tapi pada masa yang sama, saya cukup ketagih dengan rasa cemas itu. Addictive anxiety. Tapi saya seronok, terasa penuh adrenalin, hingga tak terkawal ketawa biarpun saya tengah cuba untuk tidak ketawa dan control keadaan… to lose control dalam situasi komedi saya rasa amat memuaskan kerana kita tak tahu apa yang bakal berlaku! Beraksi spontan ialah kunci suatu komedi.

GL: Apa yang membuat kamu Hugo Boss Man of Today? C.H:

Saya sedar saya kini lebih kritis terhadap diri saya sendiri sejak mempunyai anak-anak. Kerana saya dapat lihat perangai dan perbuatan saya menjadi ikutan mereka, yang baik mahupun yang buruk. Jadi saya lebih selfaware dalam apa yang saya buat.

Apa yang mahu saya terapkan dalam diri mereka ialah untuk jadi lebih proaktif, bukan setakat reaktif. Dan nilainilai yang ingin saya tegakkan — integriti, kejujuran, rasa hormat, empati — itu penting. Saya sendiri membesar dalam keadaan kurang mewah, dan kini dengan kekayaan yang saya miliki, saya sedar efek itu terhadap anak-anak saya.

Saya mahu mereka sedar keadaan itu bukanlah normal, dan pastikan mereka betul-betul hargai betapa bertuahnya mereka dan tak ambil mudah realiti itu.

It’s about appreciation and respect.

Teks: Abdul Aziz Draim Gambar: Hugo Boss

SEBASTIAN STAN & CHRIS HEMSWORTH DI BARISAN DEPAN PERTUNJUKAN BOSS UNVEILS

SEBATIAN STAN BERSAMA INGO WILTS, KETUA PEGAWAI JENAMA HUGO BOSS, DENGAN JOSEPH SCHOOLING & CHRIS HEMSWORTH

JOSEPH SCHOOLING MERENTASI PENTAS KOLEKSI LEKAKI & WANITA HUGO BOSS MUSIM LURUH/ SEJUK 2018 DI SINGAPURA

SENARIO BELAKANG PENTAS BOSS UNVEILS 2018

MODEL SOO JOO PARK BERSAMA INGO WILTS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.