Konklusi Laporan Baselworld 2018

LONGINES MASTER COLLECTION ANNUAL CALENDAR

GLAM Lelaki (Malaysia) - - CONTENTS -

Demonstrasi kepakaran pembuatan jam tangan Longines diperlihatkan menerusi himpunan Master Collection dengan model Annual Calendar yang baru. Sebagai salah satu rumah arloji yang menyanjung warisan pembuatan jam tangan tradisional, Longines sudah membentangkan kepelbagaian rekaan jam tangan serta fungsi sejak dari awal penubuhannya lagi. Pertama kali dipersembahkan pada tahun 2005, Longines Master Collection adalah ilustrasi nadi kontemporari yang sempurna dan barisan model dalam koleksi ini menawarkan banyak fungsi khusus.

Langsung, berjaya memenangi hati pencinta arloji kerana ia praktikal. Tahun ini mempertontonkan pembaharuan dengan paparan kalendar tahunan sambil nadinya berpaksikan penggulungan mekanikal. Fungsi kalendar tahunan ini bertindak menyelaraskan tempoh yang berlainan dalam setahun secara automatik. Ini membolehkan jam tangan membezakan antara bulan yang punya 30 hari juga 31 hari, tanpa diperbetulkan secara manual. Demikian, Longines Master Collection, adalah rangkaian pertama dari Longines yang menempatkan ciri ini. Penawaran ini cukup bernilai bagi mereka yang menghargai jam tangan mekanikal dalam lingkungan nisbah harga yang berpatutan.

Menggabungkan keanggunan klasik dengan kecemerlangan, model-model dari himpunan Longines Master Collection yang punya paparan kalendar tahunan ini dikuasakan oleh kaliber L897 automatik terbaru. Lantas, case berukuran 40mm diperbuat daripada keluli tahan karat. Turut, dilengkapi rizab kuasa 64 jam dan kalendar tahunan mengambil lokasi pada jam 3. Nadi pergerakannya terlihat menerusi kaca telus dari belakang jam. Jarum jam, minit dan saat ditampilkan sama ada bersalut rhodium atau keluli rona biru. Giat berputar atas laman dail yang diolah dalam tiga jenis pilihan, yakni hitam, perak serta rona biru yang memancar sinarnya. Jam disempurnakan dengan bertali kulit buaya dalam rona biru atau coklat. Juga ditawarkan dalam tali bergelang keluli, di mana kesemuanya dilengkapi kancing keselamatan.

SEKALIPUN BILANGAN RUMAH ARLOJI BERKURANGAN DI PENTAS ARLOJI DAN BARANG KEMAS TERBESAR DI DUNIA INI. NADINYA TERUS BERDETAK RANCAK LALU MEMPERLIHATKAN JAM TANGAN YANG MEMBUAT KEMUNCULAN SULUNG MEREKA. GLAM LELAKI MENJADI SAKSI SOROTAN HOROLOGI YANG BAKAL MENENTUKAN ARUS MASA YANG TEPAT UNTUK MASA DEPAN. CORUM ADMIRAL 45 SQUELETTE

Mencedok inspirasi terus menginterpretasikan himpunan Admiral dengan landskap marin yang dialiri sentuhan sport- chic, Admiral 45 Squelette dipertontonkan lebih provokatif daripada biasa. Ditampilkan tanpa dail, komponen dalaman jam terus diperlihatkan sambil paparan fungsi pada permukaan jam diolah seperti tiga dimensi. Ternyata ia bermain bersama teknikal dan seni perincian ketukangan arloji. Secara tidak langsung, model terbaru ini juga membuka peluang untuk tempahan personalisation.

Admiral merupakan salah satu koleksi atau tulang belakang kepada seleksi jam tangan warisan Corum. Dilahirkan pada tahun 1960, hanya selepas lima tahun setelah rumah arloji ini diperkenalkan. Admiral merangkumi spirit serta idea maritim Corum yang tidak gentar untuk berlayar jauh ke lautan dalam. Demikian, Admiral 45 Squelette adalah seutas jam tangan radikal yang mempamerkan bukan saja keunggulan reka bentuk bersentuhan nautikal juga mekanisme ketukangan asli pembuatan jam tangan buatan Swiss.

Komponen dalaman jam ini kini dapat dilihat telus daripada permukaan hadapan. Keistimewaan nadi mekanikal ini direka oleh Corum dan dibuat oleh EMC yang mana adalah entiti pengeluarannya sendiri. Caliber CO 082 mempunyai rizab kuasa selama 42 jam dengan susuk rekaan yang lebih bertenaga.

Admiral 45 Squelette lebih daripada sekadar jam tangan tanpa dail. Perincian titian rangkanya diolah terbuka, kemudian bersadur dengan kelabu antrasit pada permukaannya bagi menerbitkan efek kontras. Dilihat jelas menerusi pergerakan roda gear yang dikomposisikan kepelbagaian material termasuk tembaga dan perak nikel. Tidak lupa juga, dihadirkan sama versi rona terang yakni biru, kuning dan merah. Biasan perincian ini anggun sekali disulam rona dominannya juga pada jarum saat, kitaran tarikh, juga pada cincin case serta tali jam.

CERTINA EDISI KHAS DS ACTION DIVER SEA TURTLE CONSERVANCY

Tahun lepas, Certina berbesar hati menjadi rakan kongsi Sea Turtle Conservancy (STC), yakni sebuah organisasi yang menumpukan pemuliharaan penyu serta habitatnya. Kini, jenama jam asal Swiss ini membentangkan pula model istimewa lagi eksklusif untuk mengindikasikan dedikasinya untuk perjuangan ini. Model DS Action Diver Sea Turtle Conservancy Edisi Khas dicipta hasil kepakaran Certina yang terus mengikis kebimbangan STC kala memakainya sewaktu menyelam ke dasar laut.

Akuamarin, warna penyu laut. Organisasi ini berpangkalan di Florida telah membela pemuliharaan penyu laut sejak tahun 1959 lagi. Juga pada tahun yang sama menyaksikan debut barisan Certina DS Concept di Eropah. Konsep DS mengadaptasi seni kemodenan bagi mengawasi tahap kebolehpercayaan, ketahanan dan ketepatan baru yang dicari dari segenap himpunan jam tangan Certina. Hubungan antara kualiti serta sifat bersama penyu laut disanjung lalu melahirkan perkongsian eksklusif dengan STC sebagai langkah semula jadi. Hari ini, dedikasi, misi dan kepakaran kedua- dua pihak digabungkan dengan jam tangan yang luar biasa. Maka, hasilnya menyokong matlamat STC.

Jam model DS Action Diver Sea Turtle Conservancy punya elemen di atas juga di bawah permukaan air. Ia memenuhi semua keperluan standard ISO6425 untuk seutas jam tangan penyelam. Dikuasakan oleh pergerakan mekanikal automatik kaliber Powermatic 80 dengan rizab kuasa 80 jam dalam case keluli tahan karat berdiameter 43mm. Diperkemas dengan bezel sehala, lalu diberikan kemasan Super-LumiNova® pada jarum serta indeks masa. Crown screw-down melengkapkan sekuriti DS Concept yang punya daya tekanan air pada kedalaman sehingga 300 meter. Jarum saat ditampilkan dalam rona akuamarin sepadan dengan ‘Diver's Watch 300m’ yang bertulis adalah rujukan kepada warna Sea Turtle Conservancy. Langsung logo penyu sebagai lambang dipaparkan di belakang case jam yang disempurnakan dengan tali bergelang keluli tahan karat.

IA ADALAH KRISIS UNTUK PAMERAN, NAMUN IA BUKAN KRISIS BAGI INDUSTRI. — MARC A. HAYEK, SWATCH GROUP

FOSSIL JAM PINTAR HIBRID FOSSIL Q

Susuk rekaannya saling tidak ubah seperti jam normal. Namun, himpunan Fossil Q ini adalah jam tangan pintar yang tidak perlu dicas seperti jam tangan pintar yang sedia ada di pasaran.

Semua maklum, Fossil punya rangkaian jam tangan pintar paling banyak dengan lebih daripada 30 model di bawah payung syarikatnya. Fossil Group memiliki label seperti Misfit, Skagen, Emporio Armani, Armani Exchange Diesel, Michael Kors serta bermacam-macam lagi. Dianggarkan syarikat ini punya lebih daripada 100 jam tangan pintar atau smartwatch di pasaran dunia.

FOSSIL Q MACHINE

Jam tangan siri Fossil Q Machine adalah jam pintar hibrid yang kukuh dengan rekaan dail serta cincin bezel rumit. Bezel bertekstur digarap bagi menyerlahkan laman dail yang memaparkan muka jam analog. Ciri 'pintar' pada smartwatch ini termasuk notifikasi vibrate alert, menjejak aktiviti fitness dan waktu tidur, kawalan kamera telefon pintar juga kawalan muzik. Terdapat tiga butang pada sisi case yang boleh disesuaikan untuk penggunaan dengan ciri- ciri yang berbeza.

FOSSIL Q COMMUTER

Fossil Q Commuter adalah smartwatch hibrid bergaya sporty dengan paparan jarum jam dalam rona jingga pada semua model. Smartwatch ini menawarkan fungsi yang sama seperti Q Nate tetapi dalam saiz case kecil dengan olahan dail kontras. Anda boleh setup Q Commuter untuk media sosial, teks, e-mel, makluman aplikasi, notifikasi penggera dan kalendar, yang diselaraskan dengan telefon pintar anda.

FOSSIL Q GRANT

Dipersembahkan berdail klasik, Fossil Q Grant menawarkan fungsi yang sama seperti Fossil Q Machine. Namun, paparan indeks masa ditampilkan dengan angka Roman yang membezakan kedua siri ini. Dengan jangka hayat bateri selama 12 bulan Q Grant sesuai untuk anda yang tidak mahu mengecas semula bateri smartwatch setiap malam. Notikifikasi menerusi Bluetooth dan anda boleh memprogramkan butang pada sisi case untuk mengendalikan fungsi yang berbeza untuk memenuhi keperluan anda.

BREITLING SUPEROCEAN HERITAGE II

Pertama kali membuat kemunculannya pada tahun 1957, rangkaian Superocean Héritage dari Breitling pantas bangkit sebagai pilihan para penyelam profesional mahupun amatur kerana reka bentuknya yang ikonik. Pada ulang tahunnya yang ke- 60 tahun lalu, rekaan klasiknya diberi nafas baru agar tampil lebih moden tanpa mengorbankan jiwa dan karakter asal model original. Pendekatan baru itu melihatkan cincin logam yang mengelilingi bulatan minit dibuang, digantikan dengan bezel keluli tahan karat yang baru dilengkapi cincin seramik teknologi tinggi yang bukan saja kalis calar namun juga tahan hentakan. Hasilnya, rekaan Superocean Héritage yang lebih elegan dan kemas, selari dengan selera lebih kontemporari.

Tahun ini, Breitling mengembangkan barisan Superocean Héritage II dengan tiga model 44mm dalam rekaan yang memukau. Yang pertama, dijulangkan sebagai model flagship untuk siri Superocean, ialah model Superocean Héritage II B01 Kronograf 44 yang berjantungkan Breitling Manufacture Caliber 01, satu pergerakan mekanikal teriktiraf sebagai antara yang paling berkesan dalam dunia horologi. Dengan rekaan simetri diserlahkan kaunter kecil warna kontras pada kedudukan jam 3, 6 dan 9, model ini didatangkan dalam dua versi: model dail hitam dengan tali getah Aero Classic hitam, dan model dail biru dengan gelang keluli tahan karat Ocean Classic. Kedua- duanya punya rizab kuasa 70 jam.

Memberi gaya yang lebih sporty, seleksi Superocean Héritage II Kronograf 44 pula memegang pergerakan automatik Breitling Caliber 13 yang meletakkan trio sub- dail pada kedudukan jam 6, 9, and 12 dan ditemani tingkap tarikh di posisi jam 3. Kronograf ini memberi dua pilihan model keluli tahan karat yakni antara dail hitam disertakan gelang keluli tahan karat Ocean Classic, atau dail biru dengan tali getah Aero Classic berwarna biru. Namun, lebih mewah lagi pastinya model versi keluli tahan karat diserikan sentuhan emas merah 18k pada dail hitam, dengan gelang keluli tahan karat.

KAMI BUKAN SAJA MENGHARGAI KETUKANGAN WARISAN YANG KAYA JUGA SEBAGAI PERINTIS DALAM MEMBINA INSTRUMEN KRONOGRAF. SEMENTARA, NAVITIMER 8 MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA MASA LAMPAU, LANTAS IA MEMBUKA GERBANG MASA DEPAN. — GEORGES KERN, BREITLING

BREITLING NAVITIMER 1

Salah satu model yang menjadi bualan hangat sekitar Baselworld 2018, Breitling Navitimer 1 boleh disimpulkan berada dalam liganya tersendiri. Mungkin ahli paling ikonik dalam katalog Breitling, kronograf berusia lebih 65 tahun ini tampil menyerlah dek gelang pembaris boleh putar yang membolehkan ajnas pengiraan berkaitan penerbangan.

Untuk edisi 2018, Breitling mengemukakan 8 model Navitimer 1 baru dalam saiz 41mm, 43mm dan 46mm dengan aneka seleksi dail, gelang, tali dan kemasan, bernadikan pergerakan Breitling Manufacture Caliber 01 atau kronometer Breitling Caliber 13, keduaduanya diberi pensijilan COSC.

Antaranya, statement paling bold pastinya model Navitimer 1 B01 Kronograf 46 dalam case emas merah 18k. Gelang pembaris putaran dua hala mengelilingi pilihan dail kelabu antrasit dipadankan tali kulit buaya hitam atau dail perak dengan tali kulit buaya warna perang. Bacaan jelas dibolehkan dengan jarum jam dan minit dikemasi Super-Luminova® manakala rekaan dail panda dengan kaunter kecil kontras menyerlahkan komplikasi Caliber 01 yang punya rizab kuasa 70 jam, yang boleh dilihat melalui case belakang nilam transparen.

BREITLING NAVITIMER 8

Sebagai penghargaan kepada Jabatan Penerbangan Huit (‘huit’ adalah bahasa Peranchis untuk ‘8’) yang asalnya bertanggungjawab membina instrumen kokpit yang punya rizab kuasa 8 hari, Breitling melancarkan siri baru Navitimer 8 di Baselworld 2018. Sebanyak lima model baru dibentangkan — Navitimer 8 B01, Navitimer 8 Unitime, Navitimer 8 Chronograph, Navitimer 8 Day & Date dan Navitimer 8 Automatic — setiap satu mencerminkan tradisi industri penerbangan, warisan ketukangan instrumen masa dan juga DNA rekaan yang sudah sinonim dengan rumah arloji bersejarah ini.

Karakter setiap model ini didukung rekaan case yang distingtif, dengan permukaan beransur kontra antara permukaan digilap dan kemasan satin, diserlahkan lagi bezel bergerigi dan lugs yang dibentuk dengan penuh seni. Sekali imbas mengisyaratkan gaya sporty nan elegan. Angka Arabic bersaiz besar dipetik langsung daripada stail jam juruterbang era lampau, begitu juga segitiga kecil sebagai penanda jam. Setiap model Navitimer 8 ini kalis air hingga 100m, dengan rizab kuasa antara 40 hingga lebih 70 jam bergantung pada model dan kaliber yang dipegangnya.

BIG BANG REFEREE 2018 PIALA DUNIA FIFA RUSIA

Perancis berjaya menjulang Piala Dunia 2018 buat kali kedua dan sebagai penjaga masa rasmi Hublot telah menyatukan peminat bola sepak dan pencinta jam tangan Hublot dengan memperkenalkan jam pintar Big Bang Referee 2018 Edisi Piala Dunia FIFA Rusia. Jam pintar ini menghubungkan si pemakainya untuk setiap detik perlawanan yang berlangsung pada Piala Dunia FIFA 2018. Edisi ini terhad kepada 2018 utas dan diolah dengan sifat Big Bang yang ikonik. Susuk simbolik rekaannya digarap daripada titanium lalu bibir bezel dihiasi enam butir skru berbentuk H. Jam bersaiz 49mm ini memaparkan mod dail analog berbalas estetika yang sama untuk barisan jam automatik Hublot. Tidak terhenti di situ, bagi menandakan saat gemilang ini Hublot meraikan bola sepak dengan mesej tatkala untuk memacu kejuaraan. Hublot menjemput legenda termasuk Pelé, Maradona, Jose Mourinho dan Usain Bolt sebagai rakan dan duta besar jenama. Figurafigura ini menterjemahkan sukses dengan minda yang kental untuk terus maju ke hadapan. Sebagai ikon kejuaraan, mereka menyampaikan mesej "Bagaimana untuk menjadi juara!" Kempen ini punya 13 visual yang turut dibintangi oleh legenda bola sepak seperti pengadil, jurulatih serta pengurus pasukan terkemuka dunia bola sepak sambil memaparkan sama petikan motivasi.

HUBLOT BIG BANG MP-11

Hublot mempersembahkan Big Bang MP-11 baru dalam karbon 3D yakni bahan alchemist berteknologi tinggi. Material ultraringan ini telah diperkuat dengan jalinan resin serat tiga dimensi langsung dibentuk menjadi case yang diilhamkan oleh enjin perlumbaan. Jam dilengkapi dengan 7 series- coupled barel yang memberikan autonomi untuk dua minggu lalu seni bina mekanikal ini didedahkan menerusi silinder in-line dalam case 3D. Sebagai pemangkin perindustrian bahan, Hublot melangkah maju dengan model terbarunya dengan case jam 3D gabungan material matriks polimer bersama gentian tiga dimensi. Di mana sebelum ini tidak pernah digunakan dalam lapangan pembuatan jam. Ternyata material ini sangat ringan lagi kukuh lantas mempamerkan mekanikal pergerakan yang luar biasa. Memperkenalkannya sebagai karbon generasi baru, Big Bang ‘All Black’ tidak dapat ditandingi kerana jisim jam ini hanya seberat 90 gram. Struktur tiga dimensi karbon menerbitkan efek faset dan pantulan yang unik. Edisi terbaru ini diberi kemasan PVD hitam bagi menyerlahkan susuk case komposit matriks polimernya.

Case berlamankan dail openwork bersaiz 45mm ini mendedahkan enjin berilhamkan seni bina. Dilindungi oleh tentera Amerika, bahan berteknologi tinggi ini membuat penampilan sulungnya dalam dunia pembuatan jam dan sudah tentunya menerusi maison arloji Hublot!

MAURICE LACROIX AIKON AUTOMATIK & AIKON KRONOGRAF AUTOMATIK

Pada era 1990-an, Maurice Lacroix menginjak populariti dengan jam tangan Calypso, model paling laris jenama ini ketika itu, yang tampil dengan wajah cukup ikonik dengan bezel yang dikelilingi enam ‘penanda’ pada case kalis air. Dua tahun lalu, Calypso diperbaharui dengan reka bentuk lebih segar lantas dibaptiskan semula sebagai siri jam berkuasa kuarza, AIKON, yang menjadi nadi utama Maurice Lacroix.

Kini, jenama Swiss yang dikenali dengan inovasi dan reka bentuk berkualiti tinggi ini menampilkan semula model signaturnya ini dalam versi lebih canggih pula: AIKON Automatik dan juga AIKON Kronograf Automatik. Dengan rekaan lebih dinamik, siri AIKON Automatik dijelmakan dengan permukaan yang lebih licin dan bentuk maskulin yang lebih menonjol namun kekal elegan.

Model automatik three-hand 42mm diberi sentuhan bold pada dail yang punya corak bertekstur Clou de Paris dengan fungsi tarikh. Jam kronograf 44mm pula dikuasakan kaliber putaran automatik dilindungi dail yang dihiasi tekstur petak-petak halus yang menyerlahkan lagi kaunterkaunter kecil dan tingkap tarikh juga hari. Kalis air hingga 200m, dail versi perak menampilkan kaunter kronograf warna biru yang selari dengan estetika kontemporari.

Menarik lagi, model-model jam ini dilengkapi inovasi EasyChange untuk membolehkan pemakai menukar tali jam dengan begitu mudah. Praktikal juga penuh karakter, Maurice Lacroix masih setia memberi model-model jam pada julat harga yang amat berpatutan tanpa mengorbankan sofistikasi dari segi rekaan dan teknologi.

AIKON AUTOMATIC SKELETON

Bak cerminan semangat urban dan kontemporari jenama, Maurice Lacroix yang sememangnya tidak asing lagi dalam ciptaan karya horologi yang serba canggih dan avant garde menerokai estetika jentera masa dengan AIKON Automatic Skeleton.

Jelmaan terkini ini dibentangkan dalam case yang lebih lebar untuk menampung pergerakan serba baru, iaitu kaliber ML234 hasil buatan rumah arloji ini sendiri. Menggabungkan karakter rekaan signatur AIKON dengan semangat avant garde koleksi Masterpiece Maurice Lacroix, model AIKON Automatic Skeleton tampak lebih maskulin dan tajam. Diperbuat daripada keluli, case sudah tentu dilengkapi signatur rekaan AIKON yakni enam penanda selang setiap dua jam pada bezel.

Jantung jam ini, kaliber ML234 memberi pergerakan mekanikal dengan penggulungan automatik. Desain menjadi asas ciptaan kaliber ini, yang berstrukturkan lima bulatan kosentrik berwarna hitam yang diatur secara diagonal. Bagai riak air yang berkembang dari posisi angka 1.

Setiap komponen telah dikorek kosong, baik barel, roda imbangan, winding mechanism, malah juga pemberat berayun. Pergerakan boleh juga dilihat belakang case yang turut dilengkapi logo jenama.

LAMAN SESAWANG EKSKLUSIF

Seiring dengan permintaan pelanggan yang kian melonjak, Sincere Fine Watches kini antara sektor retail pertama yang menyediakan khidmat pembelian dalam talian sederap memberi akses kepada pencinta arloji untuk memperoleh koleksi jam tangan dambaan. Sincerewatch.com membentangkan himpunan eksklusif yang berlainan daripada koleksi sedia ada di butik. Jam tangan yang terjual terdiri daripada jenama seperti Franck Muller, TAG Heuer, Maurice Lacroix, Unimatic, Frederique Constant, Jacques Lemans, Alpina, dan Lip. Membeli-belah dalam talian dengan Sincerewatch.com memperlihatkan para konsumer lebih dekat lagi dengan pelancaran produk terkini sekali gus memberi sumber inspirasi dalam aturan bergaya si pemakainya.

GELOMBANG JIWA KARISMATIK

Zenith telah mengolak ombak baru dalam orbit kontemporari lagi elegan menerusi himpunan jam tangan Defy. Jam ini memberi kepuasan kepada jejaka yang menitik beratkan gaya individual mereka. Susuk rekaan Defy Classic dikuasakan kaliber Elite 670 dengan rizab kuasa 48 jam yang berteduh di dalam case material titanium. Zenith menawarkan himpunan dalam versi tali bergelang keluli, kulit dan opsyen strap getah.

KEASLIAN TANPA BATAS

Rotary mengemukakan barisan arloji berikutan pembentangan koleksi Musim Bunga/ Panas 2018. Antara model ditonjolkan adalah daripada barisan Windsor multifunction baru yang mempamerkan fungsi tarikh, hari, bulan juga fasa bulan di dalam case berukuran 40mm! Perincian rumit guilloche dan jarum rona biru menghiasi laman dail. Beralih pula kepada siri Henley Chronograph diolah bersama bezel berskala tachymeter yang utuh lagi kalis air berkedalaman 100 meter. Pengenalan model Canterbury pula memajmukkan nilai eksklusif dalam lingkungan harga yang mampu milik. Laman dail beragi Clous de Paris melestarikan lagi estetik vintaj Rotary. Terakhir, The Avenger kembali dengan generasi baru ilham dari arkib muzium Rotary bagi mengekalkan warisan ketukangan jenama ini.

DARI PENTAS MUZIK

Bvlgari mengumumkan legenda muzik dari Itali, Matteo Bocelli sebagai teman merangkap duta terbaru mereka. Bocelli mencerminkan martabat kepakaran serta menjadi ilustrasi keberanian dan keagungan dunia perhiasan asal Roman ini. Selain seorang tenor opera, Bocelli sudah mula bermain piano sejak kecil lagi. Langsung memberi impak ke atas karier solo dan album debutnya yang dijangka bakal dirilis tahun ini. Menurutnya, Bvlgari telah memperlihatkan kepada dunia yang mana gaya Itali adalah gaya asli.

KRONOGRAF KITARAN ZAMAN

Kronograf 5270P- 001 garapan Patek Philipe mengekalkan tradisi ketukangan jam tangan dilengkapi komplikasi paparan kalendar abadi. Versi emas dan emas merah 18 karat yang terdahulu digantikan dengan material platinum. Terus, menawarkan kelainan tatkala dipakai di pergelangan tangan. Fasa bulan yang terpapar pada dail jam dipadankan dengan apertur indikasi siang dan malam. Kronograf ini bernadi kaliber CH 29-535 PS Q yakni adalah garapan Patek Philipe sepenuhnya.

AKSI AUTOMATON 1001 MISTERI

Sejak pengenalan sulungnya tahun 2009, Bell & Ross membentangkan ciri gerakan automaton dalam barisan koleksi BR 01 yang berkonsepkan motif tengkorak. Keunggulan edisi terkini BR 01 Laughing Skull memperlihatkan gerakan bahagian mandibel atau rahang tengkorak seolah- olah ketawa tatkala crown diputarkan. Punya tiga varian, jam ini kalis air sedalam 100 meter. Pembaharuan disuntik ke atas reka bentuk nadi automatik BR- CAL.206 sejajar dengan susuk dail tengkorak yang bertatahkan batu nilam. Lantas, menjadikannya lebih eksklusif dengan hanya terjual 500 utas di dunia.

KOLEKSI JAM OCTO ADALAH CONTOH TERBAIK DALAM PENCERITAAN KREATIVITI, SENI KETUKANGAN DAN KEINDAHAN BUDAYA ITALI, TAMBAHNYA. — MATTEO BOCELLI

DISCREET YET REMARKABLE

Hanya dengan berketebalan 5.8 mm serta disuntik cita rasa klasik, koleksi Swatch SKIN Irony nyata menjadi tumpuan oleh pemakai yang berjiwa minimalis. Namun, mahukan unsur elegan dalam gaya individu. Dipersembahkan pelbagai variasi model, koleksi terbaru ini didatangi dalam keluli tahan karat digilap lalu disempurnakan dengan tali bergelang serta kulit. Juga, material silikon adalah tarikan terbaru bagi barisan ini. Kepelbagaian gaya ditokok dengan pilihan SKINLINGOT buat penggemar sentuhan rona keemasan dan SKINBRUSHED yang tampak kasual dengan aneka warna coklat dan hitam.

PERKONGSIAN PENUH RONA

Tahun ini, TAG Heuer dengan bangga mengumumkan perkongsian global bersama Gulf Oil International. Jalinan tersebut melahirkan edisi terbaru The Monaco Gulf 2018 Edisi Istimewa yang dipersembahkan Mac lalu di La Chaux- de-Fond, Switzerland. TAG Heuer dan Gulf Oil International berkongsi matlamat dalam mengintensifkan kualiti, daya ketahanan dan keghairahan si pemakai selain mengimbau kembali saat ikonik ketika Steve Mcqueen mengenakan seutas Heuer Monaco di dalam filem “Le Mans” pada tahun 1971. Seni reka arloji mempamerkan laman dail berona biru metalik dihiasi jalur biru muda dan jingga. Jam berdimensi 39x39mm ini dikuasakan nadi automatik TAG Heuer Calibre 11 memaparkan tetingkap tarikh, minit dan detik.

AFILIASI PINTAR DAN GAGAH

Kombinasi rekaan yang dinamik dan berteknologi tinggi menjadikan edisi terbaru EDIFICE dari Casio Computer Co., Ltd., diperlihatkan trendy buat penggemar sukan permotoran. ECB- 800 dilengkapi paparan LCD yang besar mampu mempamerkan kelajuan motosikal dan membantu pemetaan masa pusingan dengan tepat dan pantas. Edisi terbaru ini dilengkapkan dengan modul Connected Engine berkebolehan memindahkan data ke dalam aplikasi terus ke telefon pintar. Kalis air sehingga 10 bar, ECB800 mampu dikuasai semula dengan Tough Solar yakni sistem cas solar- charging.

BREITLING NAVITIMER 1

BREITLING NAVITIMER 8

USAIN BOLT DALAM KEMPEN YANG MEMAPARKAN SAMA PETIKAN MOTIVASI

MAURICE LACROIX AIKON AUTOMATIK

AIKON AUTOMATIC SKELETON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.