Is It Fine To Lie?

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Kisah seorang kenalan yang melabel diri sebagai Instafamous menarik perhatian saya. Mendengar ceritanya tentang bagaimana dia membuat duit sampingan dengan hanya membuat rebiu produk-produk yang membayar ‘pengaruh’-nya di Instagram membawa saya jauh berfikir tentang kejujuran dalam kehidupan.

Modus operandi- nya mudah: mengumpul pengikut dengan ‘menjual’ wajah tampan ber- filter bagi mengumpul pengaruh yang mampu menjadi sumber pendapatan tambahan yang jumlahnya tidak kalah banyak dengan gaji tetap yang didapatinya sebagai pekerja khidmat awam.

The lies that sell – idea yang cukup selfish bagi saya hanya untuk kepentingan satu atau dua pihak. Semua tentang makna kejayaan hari ini semakin superfisial sekali sifatnya. Si penjual claim diri sebagai jutawan, lantas membayar individu berpengaruh di media sosial untuk menjual barang yang diniagakan.

Saya kira ini hal biasa dalam pemasaran dan pengiklanan. Jika dulu hanya wajah tertentu bergelar selebriti sahaja yang mampu menarik perhatian jenama-jenama mega untuk menjual produk mereka juga atas alasan pengaruh yang mereka ada. Namun hari ini dengan bajet serendah RM30 anda boleh membayar Cik B untuk mengiklankan produk anda selama 15 saat di IG Story dan setidaknya 10 peratus daripada 246K (setakat artikel ini ditulis) pengikutnya akan menyedari keberadaan produk anda.

Senang sekali corak pemasaran hari ini. Namun ada persoalan yang lebih besar bermain di fikiran saya, yakni soal integriti dan ketelusan. But again, kalau setakat produk ubat kuat lelaki, integriti apa sangatlah yang diperlukan dalam bisnes?

Berbalik pada cerita teman saya tadi, dia disapa menerusi direct message (DM) di Instagram untuk membuat rebiu produk membesarkan alat sulit dengan jumlah bayaran yang berganda daripada yang biasa diperolehinya dengan syarat dia hendaklah menggunakan produk tersebut dan mengambil gambar alat sulitnya selepas mencuba produk tersebut.

Dek kerana bayaran yang ditawarkan tinggi, kawan saya bersetuju dan mencari akal bagaimana dia boleh memanipulasi situasi tanpa menggunakan gambarnya sendiri. Dan hidup dalam dunia serba boleh ini dia berjayalah juga menggunakan gambar yang didapati daripada orang lain dan menggunakannya untuk pemasaran produk tersebut di grup WeChat dan Telegram katanya yang lebih privasi.

Dan dengan satu lagi penipuan, dia berjaya mendapat bayaran berganda tersebut. Pada saat ini saya rasa menipu itu sudah menjadi sebahagian daripada budaya untuk hidup hari ini. Saya jadi keliru, tidak pasti sama ada saya yang terlalu konvensional atau jumud pemikirannya sehingga penipuan- penipuan begini dilihat sebagai okey dalam masyarakat.

Satu lagi cerita tentang sahabat kepada sahabat saya yang sering menaiki Grab sebagai kenderaan utamanya, bercerita yang dia gemar create story saat berbual dengan pemandu Grab. Katanya soalan berulang – Kerja mana, dik? Kampung mana? Dah kahwin belum? – sangat seronok diolah mengikut corak cerita yang dia mahu. Kadang-kadang dia jadi orang KL, kadang-kadang dia seorang doktor.

Hal ini disifatkan sebagai self- indulgent. Sekadar mahu mencipta excitement dalam bercerita akan persoalan yang berulang dan membosankan yang kerap diajukan. Ini belum soal menipu ketika temuduga kerja hanya untuk memastikan kita dapat apa yang kita mahu.

Saya melihat hari ini, dengan menipu seseorang itu mampu survive untuk prolong the life that they created. Dan apa yang lebih menyedihkan lagi, penipuan-penipuan ini menjadi ikutan – persoalan besar di sini, adakah generasi yang seterusnya akan menjadi generasi yang bergantung pada segala jenis penipuan ini untuk survive dalam hidup?

Maknanya, akan tiada lagi kejujuran kerana apa yang saya lihat hari ini jika kita jujur, kita akan dihentam semula dengan kata-kata yang luar biasa kejamnya. Manusia hari ini hanya mahu mendengar dan membaca kata memuji yang menyenangkan sekalipun kita tahu it’s a big lie that people tell us. But we are okay with that. So, is it fine to lie?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.