ORIGINALITI OOI TZE LIANG

GLAM Lelaki (Malaysia) - - REAKSI - – DANIAL, SELANGOR

Saya bukanlah peminat tegar sebarang jenis sukan, tapi mata saya terpaku pada pandangan pertama melihat Ooi Tze Liang pada cover GL isu Ogos. Sejujurnya saya tidak pernah kenal beliau dan saya tidak arif dalam hal ehwal fotografi namun foto beliau dapat saya interpretasikan sebagai authentic. Sering kali media menggambarkan lelaki sebagai seorang yang seharusnya maskulin, segak dengan pandangan tajam dan punya egoistic vibes. Bagi saya, imej sebegitu adalah sangat cliche lagi membosankan. Tapi lihatlah foto ini, lihatlah cheeky smile beliau. Betapa beliau gembira dengan elemen air, sebagaimana beliau berkata dalam Instagram miliknya, “To some, it’s just water. To me, it’s where I built my dream.” Meskipun saya tidak menyaksikan sesi penggambaran tersebut, hanya dari foto ini saya yakin he had so much fun. Boys will be boys dan beliau telah memaparkan dirinya yang sebenar - nothing to hide, this is me. Tahniah pihak GL kerana mengekalkan originaliti imej Ooi Tze Liang, sekaligus menghakis stereotaip masyarakat yang berpendapat lelaki perlu menjadi alfa dan dominan. Lelaki juga seperti wanita dan selagi bergelar manusia, kita punya pelbagai karakter and people need to respect that.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.