DEMI PERPADUAN BANGSA

GLAM Lelaki (Malaysia) - - REAKSI - – HAREITH FADHILA

Meneliti GLAM Lelaki edisi bulan Ogos yang penuh dengan seribu satu intipati patriotik bersempena bulan kemerdekaan Malaysia yang ke- 61 menjadikan saya lebih cakna dengan semangat kesepaduan. Sebagai anak belia, saya berasa bangga dengan usaha retorik nasionalis Syed Sadiq Albar dan Collin Swee dalam mempertingkatkan kesedaran dan semangat perpaduan dalam kalangan warganegara melalui Projek 57. Sekalipun sudah 3 tahun diusahakan, Projek 57 dengan jayanya memberi impak yang dominan serta membawa perubahan positif dalam kehidupan multiracial society di negara ini sederap menjadi sumber inspirasi dalam melestarikan keamanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.