Si Lasak Yang Elegan

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS JAM -

Berilhamkan daripada pertembungan sejarah dan keanggunan sukan kontemporari, Jaeger-LeCoultre memperkenalkan koleksi Polaris terbaru. Jejaka masa kini adalah insan yang merangkumi kesemua aspek, senantiasa mencuba juga minda berfikiran lebih terbuka. Ia adalah mengenai sesebuah ekspedisi, bukan destinasi kerana setiap pengalaman di sepanjang jalan itu adalah penting. Maka, untuk melengkapkan gaya hidup ini, jejaka interpretasi JaegerLeCoultre memerlukan seutas jam tangan yang elegan lagi sporty. Lasak, serta dapat dikendalikan dengan pantas dan mudah. Himpunan Polaris terbaru ini diilhamkan oleh jam tangan Memovox Polaris yang ikonik dari tahun 1968. Lalu, kesemua barisan jamnya punya pautan asas rekaan yang versatil juga menyanjung legasi unggul rumah arloji ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.