SIRI IKON MEWAH

GLAM Lelaki (Malaysia) - - PANDU UJI -

KEMEGAHAN RANGKAIAN IKONIK S-CLASS DIPERKASAKAN LAGI DENGAN PENGENALAN BEBERAPA MODEL BARU OLEH MERCEDES BENZ YANG MENGEKALKAN PENGHASILAN AUTOMOBIL BERMATERIAL KOMPLEKS SERTA MENJULANG CIRI KEMEWAHAN TERSENDIRI.

Barisan ini terdiri daripada model S- Class Limousine, S- Class Cabriolet, S- Class Coupe dan S- Class Maybach mentafsir sifat eksklusif melalui ketukangan rekaan kontemporari yang unggul serta menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih sempurna. Siri kolaborasi Mercedes-Maybach S 650 adalah tonggak barisan keluarga S- Class ini dilengkapi 4.0 liter V8 biturbo, dengan janaan kuasa sebanyak 469 hp pada 5,250-5,500 rpm dan 700 Nm tork dari 2,000- 4,200 rpm. Pecutan dari 0-100 km/j pula dalam masa 4.9 saat. Model yang dilengkapi sistem Road Surface Scan dan Energizing Comfort Control tersebut dijual bermula RM1.4 juta. Mercedes S 450 L melestarikan keagungan siri limusin jenama ini dengan pelbagai sistem tetapan serba canggih dan rapi. Dijanakuasakan sebanyak 367 hp dan 500 Nm tork sengan enjin petrol 6 silinder 3.0 liter , S 450 L dijual dengan harga bermula RM699,888.

Barisan S- Class dilanjutkan melalui model S 560 Cabriolet dilengkapi enjin 4.0 liter V8 biturbo berkuasa 469 hp dengan 700Nm disempurnakan sistem suspensi Airmatic demi pemanduan yang yang lebih selesa. Siri ini mengenakan rim AMG 10-jejari 20inci tampak lebih klasik selain dilengkapi sistem infotainment COMAND Online yakni generasi terkini, menampilkan teknologi perhubungan digital era baru. Model MercedesBenz S 560 Cabriolet ini dijual pada harga bermula dari RM1.3 juta. Mercedes

AMG S 63 Coupe pula memperlihatkan ciri mewah dan prestasi yang luhur ditambah pula dengan kehadiran kekisi hadapan AMG Panamericana yang ikonik memberi susuk rupa yang garang. Enjin 4.0 biturbo V8 digarap sepenuhnya oleh AMG menghasilkan 612 hp serta 900 Nm tork. Harga pasaran model ini bermula RM 1.47 juta turut berkelengkapan sistem suspensi AMG Ride Control+ dengan larasan serapan hentak adaptif. Tahap penyerap hentak boleh dipilih antara “Comfort”, “Sport” dan “Sport Plus”.

Teks: Efny Aziz Gambar: Mercedes-Benz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.