6 PENTAS KULINARI GLOBAL

GLAM Lelaki (Malaysia) - - RENCANA -

Anchor Food Professionals, iaitu perniagaan perkhidmatan makanan Fonterra dan Pertubuhan Persatuan Chef Dunia telah mengumumkan pemenang Cabaran Chef Pastri Global dan Cabaran Chef Muda Global iaitu Lim Wei Hrn dari Singapura dan Niall Larjala dari Finland. Setiap pertandingan menyaksikan 10 chef dari seluruh dunia bersaing untuk merebut kejuaraan dalam pertandingan memasak terulung. Pertandingan ini adalah sebahagian daripada Kongres dan Ekspo Worldchefs 2018. Selain daripada pertandingan, terdapat juga beberapa forum dan sesi sampingan untuk membolehkan profesional industri menyampaikan pelbagai topik dalam dunia masakan. Ini termasuk Culinology®, satu bidang baharu yang melibatkan gabungan seni kulinari dan sains makanan serta soal pembaziran makanan dan kelestarian makanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.