4 KEMAS KINI PIKAP TRAK NAVARA

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS AUTO -

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan penambahan terbaru menerusi rangkaian model Navara yakni Nissan Navara VL Plus yang dilengkapi dengan teknologi Nissan Intelligent Mobility (NIM) dan serta mempertingkatkan sistem keselamatan yang lebih baik. Varian Navara VL Plus kini dipasang dengan Intelligent Around View Monitor (I-AVM), teknologi Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang menggunakan 4 unit kamera untuk menyediakan pandangan 360° dari atas kenderaan bagi memudahkan urusan navigasi di kawasan yang sempit dan ketika parkir. Tujuh Beg Udara SRS (dua di hadapan, sisi, jenis curtain dan lutut pemandu) turut dipasang untuk perlindungan tambahan. Manakala, Speedometer Digital baru yang disepadukan dengan Advance Driver-Assist Display (ADAD) menawarkan pemanduan yang lebih mudah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.