2 Solusi Kulit Kering

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS SEGAK RAPI -

Bila punya kulit yang sangat kering lagi sensitif, bukan kulit anda saja yang menderita. Demikian, Dove DermaSeries hadir memberi solusi. Siri penjagaan kulit terbaru daripada Unilever Malaysia ini dicipta khusus untuk kulit yang sangat kering dan sensitif. Sekali gus, punya matlamat untuk memperkasakan dan membolehkan si penderita memupuk keyakinan diri lebih tinggi, positif serta bangga dengan kulit mereka. Koleksi Dove DermaSeries menampilkan empat produk khusus bagi keperluan kulit kering dan sensitif. Ia termasuk gel mandian, losen badan, krim tangan dan salap pemulihan. Pembersih Dove DermaSeries melindungi stratum korneum lantas membolehkan kulit membina semula rintangan lipid dan mengurangkan kehilangan lembapan. Manakala, pelembapnya pula bukan saja melembapkan ia turut mengaktifkan PPAR, sejenis protein yang terdapat dalam kulit. Bertujuan untuk menyihatkan semula lipid kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.