Indeks Jam

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

Rumah arloji Breitling meraikan pembukaan butik flagship perdananya di Asia yang mengambil lokasi di WF Central, Beijing. Ketua Pegawai Eksekutif Breitling, Georges Kern turut hadir bersama Jacques Bothelin merangkap Kapten Pasukan Jet Breitling di samping pelakon terkenal China, Lei Jiayin dan Han Xue. Breitling mendefinisikan semula kemewahan dalam nada chic industrial buat butik yang seluas 152 meter persegi ini. Memaparkan lebih 200 utas jam tangan daripada keseluruhan rangkaian produk, termasuk beberapa edisi terhad lagi eksklusif. Lebih dari 10,000 batu bata Jepun digunakan dalam pembinaannya untuk membina tembok yang memaparkan logo era 1960-an. Ia juga diperkemas dengan gabungan lantai walnut Amerika dan konkrit bergilap. Gerbang pintu berkembar sedia menyambut kedatangan pengunjung lantas ditampilkan meja pool profesional buat liburan di butik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.