Persiapan Satu Pengembaraan

MERANCANG SUATU EKSPEDISI TAK LENGKAP TANPA PERALATAN DAN AKSESORI YANG BUKAN SAJA SELESA, TAPI JUGA EFEKTIF DAN SELAMAT.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Untuk komuniti pendaki dan penggiat aktiviti luar, Karrimor adalah antara jenama blue-chip dalam pembekalan pakaian, peralatan dan aksesori outdoor. Semestinya spirit jenama ini adalah adventurous dan kian berinovasi namun tidaklah bongkak, masih berpijak di bumi nyata perihal aspek praktikaliti dalam suatu penerokaan. Samada gigih mendaki gunung, menjelajahi trek hutan belantara atau sekadar berkelana ke alam desa yang semulajadi, gear yang terbaik akan menjadikan pengalaman yang cukup fizikal itu menjadi lebih selesa dan mudah diharungi.

Musim ini, Karrimor tampil dengan himpunan beg dan kasut baru untuk si outdoor enthusiast. Tampil sporty dengan beg Karrimor Panther 65 dengan ciri sistem SA2 dengan teknologi Direct Link untuk menyelaraskan ukuran belakang beg mengikut badan anda sambil mengalih berat muatan ke bahagian pinggang, menjamin keselesaan optimum. Kompartmen utama dilengkapi akses berzip ke ruang bawah untuk kemudahan dan ajnas poket sebagai pilihan storan kala mengembara.

Beg Trail 35 pula dimuatkan wind tunnel back system dengan tali bahu berpad dan tali dada yang boleh dilaraskan untuk fit yang selesa. Kompartmen utama boleh diakses melalui bahagian atas mahupun poket depan. Dengan poket luar yang besar sebagai storan ekstra. Kemudian, beg Bobcat 65 juga dengan wind tunnel back system dan mesh bernafas khas buat aktiviti hiking atau trekking. Selain tali bahu dan dada mudah laras, ruang dalam cukup besar untuk peralatan berkhemah, beg ini juga punya ruang khusus untuk water bladder dan kompartmen luar dilengkapi slot untuk tongkat anda.

Perjalanan lancar pula terjamin dengan kasut Appalachian dengan rekaan baru, kini tampil dengan midsole Phyton untuk keselesaan kala merentas trek yang mencabar, dan ciri Dynagrip untuk cengkaman juga ciri kalis air Weatherlite. But Bodmin Mid IV Weathertite pula pilihan bijak untuk menerokai pelbagai jenis permukaan bumi manakala kasut Sabre WTX Trail Running memberi keselesaan kepada mereka yang bergerak lebih tangkas.

Tidak lengkap suatu eksplorasi tanpa uniform yang betul. Karrimor Urban Jacket dengan teknologi Weathertite memberi aspek kalis air, rintang angin dan membran bernafas, didukung mesh lining untuk pengudaraan dalaman. Hud yang boleh dilipat dan hujung lengan yang boleh diketatkan menawarkan perlindungan optimum bila diperlukan.

1. KARRIMOR PANTHER 65 2. KARRIMOR TRAIL 25 3. KARRIMOR APPALACHIAN WALKING SHOE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.