Sepatu Gergasi Citra Ugly Fashion

SENGGOLAN IDIOSINKRATIK MENCAPAI ‘APOTHEOSIS’ DALAM SENI PENATAAN GAYA, MEMBERIKAN KILAUAN DAN TAFSIRAN YANG LUAR BIASA KEPADA PELAMPAU FESYEN.

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Elemen Ugly Fashion bukanlah satu nafas baru dalam arena fesyen tetapi hanya kini menjelma kembali ibarat satu perfect storm yang menarik kencang hasrat dan minat para pengikut setia revolusi fesyen. Dari ‘chunky sneakers’, ‘fanny packs’, ‘big old shirts’ serta pemakaian stokin dengan sandal yang dahulunya diibaratkan sebagai sesuatu yang hodoh telah diangkat semula martabatnya. Meniti kembali hujah Dries Van Noten pada 2012, “I prefer ugly things, I prefer things which are surprising”. Sesungguhnya ikutan ini memang membuka banyak mata sekali gus memberi impak yang besar di dalam dunia seni fesyen kerana stail yang terlampau memberi tafsiran dan pandangan politik bahawa kecantikan adalah sesuatu yang subjektif serta memecah hukum ‘cantik itu sempurna.’

Ikutan aliran gaya ini menyandang estetik tersendiri yang meletakkannya jauh lebih berbeza berbanding stail yang biasa dipamerkan. Sederap menghidupkan karakter yang unik ke dalam diri si pemakai dengan potongan exaggerated dan rekaan aneh tetapi menarik diterapkan dalam penggayaan. Lihat sahaja koleksi Balenciaga X Crocs atau barisan rekaan Rick Owens yang menggunakan siluet ‘bulky’ menyerlahkan nada avant garde dalam rekaannya. Persoalannya, adakah ia sesuatu yang praktikal atau hanya sekadar memainkan elemen eksperimental yang mempamerkan ketukangan pereka fesyen dalam menggarap sepersalinan pakaian?

Salah satu inti pati spektrum Ugly Fashion yang menjadi kegilaan ramai adalah trend pemakaian sepatu chunky. Balenciaga Triple S, Raf Simons X Adidas Ozweego, Yeezy Wave Runner 700 dan Reebok X Vetements hanyalah beberapa dari berbagai-bagai jenama yang mendominasi adat penggayaan kasut serta menghiasi setiap langkah dari pakaian bersukan mahupun high fashion. Seperti yang diperdebatkkan, ilham ini diterbitkan oleh Raf Simons tatkala membentuk semula sepatu klasik Adidas Ozweego pada 2013 ketika rekaan minimalis contohnya Adidas Will Smith sedang menjadi ikutan popular masa itu. Kepintaran Simons menggunakan estetik potongan kasut Adidas ‘90-an sebagai simbol fesyen terkini menjadikan chunky sneakers ini acap kali disaksikan semasa pertunjukan Minggu Fesyen di Paris dan Milan, turut digemari dan mempersona mereka yang inginkan statement dalam bergaya.

Pilihan sepatu raksasa ini turut dikaitrapatkan dengan seleksi celana yang saling melengkapi satu sama lain. Dari pentas fesyen, penggunaan kasut tersebut sering kali dikenakan bersama seluar berpotongan besar dan longgar terus membangkitkan lagi aura Ugly Fashion ke dalam stail. Turut mendapat perhatian, cropped pants satu tona memainkan esen minimalis demi menyerlahkan lagi desain garang si sepatu gergasi. Persepsi ugly is the new beautiful benar memberi tamparan yang sangat hebat terus mencipta satu fenomena gaya menjadikan industri fesyen lebih radikal.

PUMA THUNDER ELECTRIC

BALENCIAGA

PUMA

ADIDAS X RICK OWENS

REEBOK X VETEMENTS

GUCCI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.