Kata Editor

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Kala majalah ini disiapkan, Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 baru saja melabuhkan tirai. Yang jelas, pereka-pereka menswear tempatan rata-rata melaungkan manifesto yang senada dengan gerakan fesyen lelaki global: Streetwear is King!

Hanya beberapa kerat pengkarya fesyen yang kekal memperjuangkan tailoring, seperti Atelier Fitton, Benua dan Kit Woo, namun mereka sendiri tidak menafikan penangan streetwear dalam koleksi mereka, sebagaimana yang mendominasi himpunan daripada Nabil Volkers, Neonate, Nerdunit, Private Stitch, Supercrew, Tarik Jeans, dan sebagainya. Jarang sekali gaya formal atau sut klasik lelaki dilihat meniti pentas peragaan KLFW tahun ini. Satu perbezaan ketara bila dibandingkan dengan koleksi wanita. Like it or not, the times, they are a changin’

(ms. 38). Yang penting, arena fesyen lelaki baik di peringkat lokal mahupun antarabangsa kini kembali mekar dan dinamik, hinggakan mampu menguasai dialog fesyen yang kebiasaannya berkisar industri fesyen wanita. Virgil Abloh di Louis Vuitton, Kim Jones di Dior Homme, kemungkinan adanya himpunan menswear oleh Hedi Slimane untuk Celine... ya, dunia kian berubah namun perubahan itu mungkin baik untuk kita. Atau jika dilihat pada sudut lain, mungkin ini bukanlah satu ‘perubahan’ tapi satu ‘evolusi’, satu adaptasi untuk kekal ‘bernyawa’ supaya kita tak menjadi mangsa ditelan zaman.

Sebagai seorang artis, rapper dan GL Alphamen 2016, Altimet pun sedar akan pentingnya berevolusi

(ms. 72). Jika kita tidak berubah, cuma kekal di takuk lama, maka kita akan terperangkap dalam zon selesa yang biarpun ‘syok’, punya risiko untuk meneutralkan semangat dan ilham jika kita tidak sedar. Maka, setelah hampir 20 tahun berkhidmat selaku salah satu orang kuat industri hip hop tempatan, Altimet sudah bersedia untuk bersara dari pentas persembahan untuk mula menerokai alam baru yang menjanjikan cabaran- cabaran baru untuknya.

Dan apalah gunanya hidup tanpa cabaran? Halangan membuat kita lebih kuat, lebih tahan lasak, lebih peka dan bersedia malah juga lebih kreatif dalam menempuhi hidup yang penuh warna dan pengalaman ini. Ya, ya, sememangnya rintangan itu annoying. Tapi kalau segalanya berlangsung dengan senang tanpa dugaan, takkah bosan?

Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua. Moga kita sama-sama mengatasi apa pun cabaran yang bakal mendatang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.