# Badlabbillboards Gempak!

PAPAN IKLAN TIDAK PERNAH TAMPIL BERTENAGA SEPERTI INI! SIRI PAPAN IKLAN BAD LAB YANG MENGHIASI SEPANJANG BAHU LEBUHRAYA JALAN DAMANSARA, TAMAN TUN DR ISMAIL TERBIAS MENAWAN MENYANJUNG SENI GRAFITI NAN ENERGETIK!

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Label kelengkapan peribadi serta dandanan diri untuk lelaki buatan tempatan ini terus mendapat perhatian para jejaka Malaya. Lahir pada tahun 2014, seleksi produknya ditampilkan buat si pria bukan konvensional. Mengangkat seni jalanan atau grafiti, Bad Lab berbesar hati membentangkan siri papan iklannya yang hadir bertenaga hasil olahan empat artis grafiti tempatan. Acara bermula pada tengah malam lalu berlanjut sehingga jam 5 pagi menyaksikan Cloakwork, Katun, Dmojo dan Shade melestari estetika seni masing-masing secara langsung di atas empat papan iklan Bad Lab yang mengambil lokasi di lebuhraya Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail.

Sering kali dikaitkan dengan aktiviti vandalisme di kalangan remaja, seni grafiti hanya mula diterima di dalam budaya kontemporari sejak 20 tahun lepas. Grafiti adalah satu cabang seni visual yang bermula sebagai gerakan subversif di bandar raya New York. Ia dianggap sekadar contengan di atas dinding- dinding bangunan. Di pentas dunia, namanama artis grafiti seperti Shepard Fairey dan Banksy kerap meniti di bibir peminat seni terutamanya yang menjurus ke arah ‘pop culture’. Seni grafiti ini berkait rapat dengan luahan ekspresi artis lalu menjadi salah-satu medium bagi menyampaikan mesej mengenai isu-isu politik dan sosial yang kadang-kala tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pun begitu, seni jalanan ini masih dianggap menyalahi undang-undang di sesetengah negara. Sekalipun, ia memberi impak negatif terus membentuk ‘rebellion’, seni ini kian mekar melawan arus yang tidak dapat diberikan oleh kebanyakan cabang seni lain yang lebih klasik.

Menerusi # BadLabBillboards, label ini berhasrat untuk memperjuangkan seni grafiti justeru menyediakan platform yang begitu dekat dengan golongan awam. Langsung, memberikan peluang kepada para artis yang nyata berbakat lagi kreatif untuk membentangkan hasil kerja mereka dalam cara yang positif juga menawan. “Seni jalanan ini begitu relevan dengan falsafah jenama Bad Lab. Tidak kira, dari segi reka bentuk, konsep produk atau cara ia berkomunikasi dengan para konsumer. Bad Lab menitikberatkan pengalaman yang unik bagi setiap lelaki khasnya dan para pengguna lain secara am. Kami inginkan kaum lelaki untuk kembali merasai ‘semangat kejantanan’ yang sedia ada di dalam diri mereka,” tutur Lum Chong Heng merangkap Pengurus Komersil Bad Lab.

Tambahnya lagi, “Ini juga adalah untuk memberikan kesedaran kepada budaya kreatif dan senario seni jalanan yang semakin diminati lalu berkembang pesat di Malaysia. Keempat- empat artis grafiti ini dipilih sendiri oleh Bad Lab, bukan sahaja kerana sifat individual dan keunikan mereka. Malah atas pencapaian hebat mereka di dalam mahupun luar negara. Menamakan kumpulan mereka sebagai # BADLABGANGOF4, mereka semuanya pernah dijemput untuk menyertai konvensyen seni jalanan antarabangsa. Sebagaimana yang dapat kita saksikan pagi ini, kerja seni mereka berjaya menarik perhatian umum dan bagi pihak Bad Lab, saya amat berpuas hati dengan hasilnya.”

KATUN

CLOAKWORK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.