Turning 30

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

MENGINJAK USIA 30 TAHUN MERUPAKAN SUATU FASA KEHIDUPAN YANG MENGUJAKAN. RASA SYUKUR YANG TERAMAT KERANA TUHAN MEMAKBULKAN DOA SAYA AGAR DILANJUTKAN USIA. MENYAMBUT HARI JADI YANG KE-30 PADA OGOS LALU, SAYA AMBIL KESEMPATAN BERKONGSI SEPERKARA DUA YANG PERLU ADA DAN LAKUKAN SEBELUM MENCECAH UMUR 30 TAHUN. TRUST ME, ADULTING IS FUN!

Kebanyakan daripada kenalan rapat saya menyambut hari jadi yang ke-30 pada tahun ini. Pabila mendapat tahu mereka telah pun menyambut hari jadi (melalui media sosial), saya mengirim mesej untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Jadi’. Dan selitkan mesej, “Welcome to the three series! Haha.” Balas mereka pula, “Yours is coming soon too!”

Secara peribadi, saya teruja akan ketibaan hari jadi saya pada tahun ini. Tak seperti kebiasaan. Mengapa pula? It’s because I’m turning 30 years old. The big three zero. Pejam celik pejam celik, saya sudah pun tergolong usia 30-an. Rasa tak percaya pun ada. Jikalau sebelum ini, saya bimbang cepat tua, tetapi yang sebenarnya saya bersyukur kepada Tuhan kerana memanjangkan umur saya. Saya rasa bertuah.

Dalam fikiran saya, rasanya baru ‘semalam’ saya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Zaman bersekolah pun baru sahaja saya ucapkan selamat tinggal. Sekiranya dihitung sekali lagi, lebih 10 tahun saya meninggalkan alam persekolahan yang mengesankan banyak memori. Sewaktu di tingkatan empat, saya pernah berfikir sendiri, “Bilalah aku nak dewasa? Bilalah aku nak mula kerja? Bosanlah jadi budak sekolah ni.”

Sekarang pula, lain sudah persoalannya. “Alangkah seronoknya kalau aku masih bersekolah. Tak perlu fikir banyak benda.” Benar kata mak dan abah saya pada ketika itu, “Manfaatkanlah usia mudamu sebab tak perlu fikir fasal apa pun. Belajar sahajalah tugasmu. Nanti dah bekerja, banyak kau perlu fikirkan.”

Saya akui kata-kata mereka yang tak disangkal lagi terbiasa kedengaran kita semua. But what to do, only now I believe them.

Saya seorang pemikir. Lebih lagi, sejak kebelakangan ini, pabila seorang diri, sama ada sedang memandu kereta, bersiar atau bersenam di atas ‘treadmill’ saya akan cuba fikir macam-macam.

Semakin meningkat dewasa, saya lebih selesa meluangkan masa seorang diri.

No offence. Terutamanya, selepas waktu bekerja dan di hujung minggu. Saya gemar melakukan aktiviti tertentu secara sendiri. Terkadang sahaja, rasa mahu melepak dengan kawan-kawan. Itu pun dalam skala kecil. I feel that way, sebab saya rasa perlunya luangkan masa dengan diri sendiri. Kerana ingin memahami dengan lebih tentang diri. I need to know more about myself, in order to love myself.

Jikalau dibandingkan ketika zaman belajar di universiti, saya jarang berfikir tentang diri. Pergi kelas semata mahu menanda rekod kehadiran. Dan hanya fikir nak keluar dan melepak di mana sahaja. Restoran ‘cool’ yang mana ingin saya kunjungi. Tak mahu duduk rumah kalau boleh.

Setibanya hujung minggu, dah mula fikir dan merancang nak pergi ‘enjoy’ ke mana. Clubbing ke, keluar menonton wayang ke, melepak di Starbucks ke, berhibur di pusat karaoke ke dan sebagainya. Sekarang jarang sekali mahu melakukan semua itu. I rather sleep at home. Sampaikan ada yang bertanya kepada saya, “Do you really go out?” Jawapan saya, “Hmmm…”

PASSION IS THE KEY

Susah rasanya sekiranya anda sudah mencecah usia 30-an, tetapi tidak mengenali diri sendiri, bertemu hobi atau punya minat yang sebenar. Bukankah bosan hidup sebegitu? It’s like you don’t know what to do with the rest of your life.

Sejak di bangku sekolah lagi, guru dan ibu bapa kita sudah menasihati agar melanjutkan pelajaran yang selaras dengan minat sendiri. Namun, lumrah masyarakat di Malaysia, anak-anak harus menuruti suruhan ibu bapa

dalam pemilihan bidang akademik. Anak-anak pun bergantung sepenuhnya pada cadangan keluarga. Susah nak buat keputusan sendiri. Ibu bapa akan tentukan segalanya.

Biarpun saya mengambil aliran sains tulen sewaktu di sekolah menengah dan pernah menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan yang hanya separuh jalan, saya bangga kerana terbuka untuk menukar bidang pengajian berteraskan minat. Yang bertentangan dengan latar belakang bidang akademik saya. Mujurlah ibu yang sangat memahami kehendak saya, membenarkan saya membuat pilihan sendiri.

Memanglah pada usia yang masih bergelar pelajar akan tertanya-tanya, apakah aliran yang sesuai dengan diri masing-masing? Jawapannya terlalu rumit untuk dirungkaikan kerana segala-galanya berbalik pada diri sendiri. Saya berpendapat setiap individu perlu menetapkan matlamat tersendiri. Yang penting, haruslah usaha dan tahu cara untuk mencapai matlamat tersebut. Berbeza orang, berbeza matlamatnya.

You must really have goals and dreams in life.

Namun, apa yang saya perhatikan baru-baru ini, golongan yang sebaya saya, kebanyakannya sudah mula menghadapi tekanan. Selalu murung tiap kali tibanya hari bekerja. Kerana apa, menurut mereka kerjaya yang disandang membosankan. Kerana ia tidak berdasarkan minat sendiri. Terpaksa bekerja mengikut pengajian yang dipelajari sewaktu di universiti. Kawankawan selalu merungut tentang kerja. Kasihan juga kepada mereka. I mean, you should enjoy your life.

Apa yang mereka lakukan ialah meluahkan kebosanan di media sosial dengan merungut melalui kapsyen. Katanya, kehidupan mereka seperti telah dijadualkan dan ia ibarat rutin. ‘Nature’ kerja yang dikira ketinggalan zaman meningkatkan tahap kebosanan kerja. Dan berdasarkan pemerhatian saya lagi, memang patutlah para Generasi Y kerap bertukar kerja dalam jangka masa singkat. Bosan tempat kerja, terus tukar ke kompeni lain.

Oleh itu, kebanyakan anak muda sekarang, misalnya yang bekerja sebagai jurutera atau juruterbang, mengambil peluang melakukan kerja sampingan lain, seperti berniaga sambilan sebagai alternatif memenuhi minat yang lain.

BERANI BEREKSPLORASI

Saya punya kawan yang masih bergelar pelajar universiti. Tidaklah berkawan rapat tetapi selalulah berhubung melalui Instagram. Memerhatikan perkongsian gaya hidupnya di Instagram, saya rasakan dia seorang yang gemar berhibur dan keluar bersosial (no judgement).

Apa jua majlis fesyen dan seni yang diadakan di ibu kota dia pasti muncul. Memang nampak ‘happening’ bagi mereka yang tak biasa tengok. Terdapat segelintir kawan-kawan saya yang memperkatakan tentang gaya hidupnya. Ada yang berpendapat terlalu bebas buat pelajar universiti. “Dia tak nak belajar dah ke? ‘Social climber’ ke?” dan “Habiskanlah degree dulu, lepas tu enjoy- lah sepuaspuasnya,” antara yang diperkatakan orang.

Memanglah terdapat kebenaran pada pendapatnya. Tetapi, pada saya biarlah dia yang masih muda lakukan semua itu. Biarkanlah dia berani bereksplorasi. Kerana saya pun seperti dia yang selalu menghabiskan masa keluar dan menikmati dunia luar selagi usia masih muda. Zaman kolej adalah waktunya saya mengumpul pengalaman hidup melalui kebaikan dan kesilapan yang pernah saya lakukan.

Kalau nak diimbas semula, banyak kebaikan dan kesilapan yang pernah saya alami dan barulah sekarang saya fahami. Saya percaya pada pendapat sesetengah individu yang mengatakan “We all learn from our mistakes.” Jangan takut untuk melakukan kesilapan. Nasihat saya, usahlah tertumpu pada bidang akademik sahaja.

Sekali sekala ambil peluang nikmati hidup dengan mencuba pelbagai benda baru. Pergilah berparti, pergilah ke konsert, pergilah mengembara ke mana sekali pun. Kerana semua pengalaman tersebut amat berguna di masa akan datang.

Ia secara tak langsung akan membentuk personaliti, cita rasa dan keterbukaan anda terhadap sesuatu. That’s the best way to shape your life. Tepis persepsi sesetengah orang yang beranggapan dengan melakukan semua itu ia akan menjejaskan masa hadapan anda. They are wrong!

Jika ditanya kepada saya, “Apakah perkara yang buat saya kesal?” Saya akan jawab, “Tidak belajar dengan bersungguhsungguh untuk mendapatkan skor peperiksaan yang terbaik. Kerana saya mengimpikan tajaan biasiswa agar dapat sambung belajar di luar negara.”

Pada saya, banyak ilmu dan pengalaman hidup yang boleh saya timba sekiranya berpeluang belajar di luar negara. Memanglah sudah ternyata pengalaman belajar dalam negara bezanya ketara jika dibandingkan dengan belajar di luar negara. Pengalaman tertentu itu tersangatlah berharga. Memanglah ada sebab mengapa ibu bapa saya selalu menasihati saya agar fokus pada pelajaran.

Pendidikan sememangnya aspek terpenting dalam kehidupan. Tanpa pendidikan formal yang mencukupi, kita perlu sedar bahawa kurang pendidikan ia tidak akan meningkatkan kemahiran berfikir dan kualiti hidup demi kelangsungan hidup. Pendidikan amat penting dalam lingkungan keluarga, sahabat dan masyarakat sekeliling.

Hal ini bererti memberikan gambaran tentang bagaimana kita hidup bermasyarakat. Dengan demikian, bila kita berinteraksi dengan masyarakat maka mereka akan menilai kita, bahawa tahu yang mana orang yang terdidik dan tidak terdidik. Mulakan dengan selalu mengucapkan terima kasih selepas menerima apa jua pertolongan daripada sesiapa. Senyum pabila berselisih. Malah, melalui pendidikanlah seseorang itu akan lebih bersifat anjal dan dinamik untuk berdaya maju dan menerima perubahan. Termasuklah terhadap aspek perubahan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.