Yang Berpengaruh 2018

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI -

KEHADIRAN MEREKA MEWARNAI SEPANJANG 2018. SETIAP DARIPADA MEREKA DATANG DARI PELBAGAI BIDANG, NAMUN FIGURA POLITIK DILIHAT MASIH MENGUASAI PEMIKIRAN DAN HALA TUJU MASYARAKAT MALAYSIA. TERUTAMANYA PADA TAHUN INI. SIAPAKAH PADA HEMAT KAMI, INDIVIDU LOKAL WAJAR BERGELAR PALING BERPENGARUH? TUN MAHATHIR MOHAMAD

Figura kesayangan ramai, Tun Mahathir Mohamad Seterusnya, dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua. Keberadaan Tun Mahathir Mohamad telah mengubah pandangan dan hala tuju masyarakat Malaysia, lantas terbentuknya ‘Malaysia Baru’.

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN

Kemenangannya di Parlimen Muar dan perlantikannya sebagai Menteri Belia dan Sukan yang tak terjangka (menggantikan YB Khairy Jamaluddin), mencetuskan pelbagai perspektif di kalangan masyarakat Malaysia. Syed Saddiq membuktikan bahawa politik Malaysia sudah bersedia dengan era kepimpinan baru.

DATO’ SRI NAJIB RAZAK

Gerak gerinya menjadi tumpuan. Lebih-lebih lagi sewaktu dan selepas perlangsungan pilihan raya ke-14. Pelbagai dakwaan atas pertuduhan yang diterimanya, antaranya berhubung kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan kes penyelewangan yang lain.

NURUL IZZAH ANWAR

Nurul Izzah Anwar tegas mempertahankan pelbagai isu semasa yang menjadi keutamaannya. Pengaruh Nurul Izzah disaksikan semakin berkembang selepas PRU14.

FAHMI FADZIL

Menyandang kepimpinan Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil melambangkan ‘ The New Malaysia’. Dia giat menyokong isu-isu semasa, misalnya kempen ‘Pelajar Bukan Pengantin’ secara terbuka.

DATUK SERI VIDA

Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida adalah wanita yang paling berpengaruh dalam media sosial. Tak sahaja berkongsi tentang produk kecantikan janamanya, kehidupan berkeluarga dan telatahnya yang bersahaja mencuit perhatian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.