FAREWELL SI ANAK SENI

GLAM Lelaki (Malaysia) - - REAKSI - – AMIR BIN SHAHROM

Sedih dan terkejut pula rasa apabila saya mendapat berita bahawa wira rap negara, Altimet ingin melabuhkan tirai buat kariernya.

Biar pun bukan untuk meninggalkan industri seni hiburan, sekadar bersara daripada membuat persembahan dan merakam lagu. Pasti ramai yang akan rindukan kemunculannya nanti serta lirik-lirik lagunya yang puitis. Melihat Altimet menghiasi muka hadapan GL September lalu adalah satu penghormatan ke atas karier agung beliau selama 20 tahun di dalam industri hiburan tanah air. Saya harap di samping menumpukan fokus dengan kehidupan peribadi, Altimet akan terus menjadi inspirasi kepada anak-anak muda mahupun bintang baru dalam dunia muzik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.