Baca, Dengar & Santai

GLAM Lelaki (Malaysia) - - IKONIK - Teks: Johan Kasim Gambar: Google

DALAM IKLIM SOSIAL YANG MUNGKIN LEBIH CENDERUNG KE ARAH ENERGI NEGATIF, KITA SEMAKIN MUDAH RASA TERTEKAN, KECEWA MALAH JUGA MURUNG. SEBELUM MENTAL MENDEKATI TAHAP KURANG SIHAT, CARI JALAN UNTUK SEMARAKKAN SEMULA MOTIVASI AGAR HIDUP KEMBALI POSITIF. AKTIVITI SEPERTI MEMBACA, MENDENGAR MUZIK DAN BERJAMU ADALAH ANTARA AMALAN TERBAIK. KAMI KONGSIKAN BEBERAPA CADANGAN SEGAR UNTUK ANDA CUBA.

SANTAI

Amalan gaya hidup sihat termasuklah melakukan aktiviti yang mampu menenangkan minda. Jika tidak, gaya hidup yang tidak sihat akan membawa banyak kesan negatif terutama kepada kesihatan. Lakukan aktiviti bersifat santai dengan berjamu bersama keluarga terdekat, sahabat dan yang tersayang. But where to go?

1. 2ND FLOOR RESTAURANT & BAR, TTDI

Kedudukan lokasi strategik, keluasan dan destinasi tempat makan ini wajib kunjung. Menu yang ditawarkan 2nd Floor Restaurant & Bar menggarap sajian beberapa negara seperti Filipina. Sekiranya mahu sekadar bersantai, restoran ini mengetengahkan konsep kedai yang meliputi menu dibuat sendiri iaitu pemanis mulut dan dekorasi kedai selesa kepada pelanggan.

2. ALTA CAFE, BANGSAR

Tercari ‘comfort food’ yang enak? Alta Café yang terletak di pinggir Bangsar dibuka untuk kunjungan ramai. Seni bina kafe yang menyunting ilham barat menawarkan aneka makanan seperti roti, breakfast bowls, ‘brunch plates’ dan Spanish tuna yang menyelerakan. Di samping itu, tawaran harga untuk setiap menu adalah berpatutan dan cara hidangannya amat impresif dan membuka selera. Luangkan masa di sini bersama teman atau sesiapa sahaja bagi membangkitkan mood positif sepanjang bersantai. Positve vibes only!

3. BISTRO TABLE @ ATLAS GOURMET MARKET

Jika anda penggemar sajian segar, di sinilah tempat makan yang patut anda lawati. Berlokasi di sebelah Atlas Gourmet Market yang baru dibuka, tempat ini sesuai untuk duduk bersantai dan berehat selepas waktu pejabat. Sambil menikmati makanan yang enak juga seleksi minuman hebat. Pilih variasi daging dan makanan laut yang disediakan, serta

hasil segar yang dipilih oleh ketua chef, David Wong langsung dari kedai runcit di situ. Segar, enak dan santai adalah gambaran tepat destinasi makan terbaru ini.

4. ISABEL, JALAN MESUI

Ibarat ‘kakak’ kepada restoran Alexis, cawangan ini memfokuskan hidangan tradisional Asia Tenggara yang sangat enak. Isi perut dengan masakan seperti Nasi Ayam Vietnam dan Hor Mok yang dikarya sendiri oleh chef berpengalaman. Ais Krim Ciku merupakan pemanis mulut yang patut dipesan sebagai penyudah selera.

5. LITTLE RIMBA, TTDI

Sesuai buat anak kota yang teringin sekali menjamu makanan tempatan seperti Lontong, Soto Ayam, Assam Laksa, Laksa Nyonya, Nasi Impit, Air Batu Campur dan aneka kuih tradisional. Tak perlu bersusah ke kawasan luar bandar untuk mendapatkan hidangan tersebut. Tambahan pula, dekor dan ruang makan yang luas, membolehkan pelanggan mengadakan aktiviti kekeluargaan atau small gathering. Masa lapang akan lebih bermakna sekiranya terisi dengan bersantai di Little Rimba.

6. MAKAN MAKAN BY JIBBY, GLO DAMANSARA

Aktiviti ‘brunch’ sempurna jikalau diadakan di lokasi Makan Makan By Jibby yang beroperasi di Glo Damansara. Lokasi yang kurang sesak ini, akan membuatkan pengunjung terpukau dengan dekor yang meliputi ruang dalam restoran. Mural berilhamkan hutan hujan seakan ditemani meningkatkan lagi mood. Ajak teman-teman ke sini bagi menikmati hidangan ala barat yang disulami rencah lokal. Signature dish yang mesti cuba di sini ialah Castle of Clouds yang menghidangkan 8 lapis penkek berserta pisang goreng, sos kaya kustard dan gelato kelapa.

“ANDA TIDAK AKAN MAMPU MEMBANGUN SEBUAH KARAKTER DAN KEBERANIAN SESEORANG DENGAN MERAMPAS INISIATIF DAN KEBEBASANNYA.” – ABRAHAM LINCOLN

ALTA CAFE

2ND FLOOR RESTAURANT

ISABEL

LITTLE RIMBA

MAKAN MAKAN

ATLAS GOURMET MARKET

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.