3. Komponen Masa

GLAM Lelaki (Malaysia) - - INDEKS JAM - Teks: Zuhairie Sahroom

Dalam satu acara eksklusif di Suria KLCC, Rado meraikan pembukaan butik terbaru lagi terbesar di Malaysia. Reka bentuk butik ini diberikan nafas baru seiring dengan konsep terkini yang mengetengahkan reka bentuk kontras antara minimal dan kerja tangan bertekstur berasaskan bahan bermutu tinggi. Di samping itu, satu pertunjukan fesyen yang memfokuskan tema Rado bagi tahun 2018 yakni The Elements of Time membawakan beberapa rekaan terbaru himpunan HyperChrome, DiaMaster dan True. Lantas, melancarkan koleksi eksklusif Rado di Malaysia menerusi barisan True Thinline Nature yang berinspirasikan alam semula jadi. Rado bekerjasama dengan Grandi Giardini Italiani iaitu satu organisasi yang mewakili taman-taman bersejarah lagi mempesonakan di Itali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.