Kata Editor

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Ihave a confession to make. Dulu, aku tak percaya pada depresi kritikal. Pabila berdepan dengan ahli keluarga atau rakan yang menghidap depresi, aku skeptik. Bagi aku, apa-apa gangguan emosi atau mental boleh diatasi dengan attitude yang betul. Jadi mengapa memilih untuk murung atau fokus pada yang negatif sahaja?

Namun, setelah membuat beberapa bacaan dan kajian, aku semakin memahami dan empati terhadap mereka yang mengalami kemurungan. Yang aku faham, penghidap depresi tidak memilih untuk murung. Depresi bukanlah satu fasa mood (ms. 86) yang akan berakhir setelah beberapa minggu. Sebagai mana kanser adalah mental yang lain adalah satu penyakit juga, cuma ia berlaku secara mental. Jadi, ia juga

Mungkin bagi sesetengah pihak, sukar untuk menyamakan penyakit mental dengan kanser. Kanser itu serius, sakit dan boleh membunuh. Well. Mengikut Pusat Registri Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia (NSRM), sekurangkurangnya dua orang membunuh diri setiap hari, iaitu purata 60 orang sebulan — di Malaysia. Dan kajian global mendapati hampir 90 peratus individu yang membunuh diri punya masalah mental pada saat sebelum kematian. Dan 60 peratus daripada mereka mengalami kemurungan.

Perlu ditekankan penyakit mental tak semestinya bermaksud kemurungan. Ia juga boleh melibatkan ekstrem, kalau tidak mencederakan diri sendiri pun, pesakit mungkin mencederakan orang lain. Tahun ini saja, seorang kakitangan lelaki yang punya sejarah di Banting. Di Kota Warisan, seorang lelaki yang punya masalah mental telah membunuh ibunya sendiri. Jangan lupa kes di Terengganu di mana seorang ibu mengelar anaknya sendiri.

Why are we talking about this here? Kerana penyakit mental ada impak kepada semua, bukan sekadar dunia fesyen dan selebriti. Biarpun kita tahu fasal kes mental breakdown John Galliano dulu, atau kes bunuh diri Alexander McQueen, Anthony Bourdain, Kate Spade dan Avicii, hakikatnya penyakit mental juga mempengaruhi rakyat Malaysia sekeliling kita, hari ke hari. Menjelang Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober ini, hajat GL bulan ini ialah untuk memupuk kesedaran dan menggalakkan diskusi tentang kesihatan mental. Kalau anda rasa anda penyakit mental (ms. 74), Kalau anda tahu seseorang yang mungkin punya penyakit mental, reach out. Kalau anda suka membuli

(ms. 64), secara sedar atau tidak, stop it. Penyakit mental itu satu masalah serius. Let’s talk about it.

SEBAGAI MANA KANSER ADALAH SATU PENYAKIT FIZIKAL, DEPRESI ATAU GANGGUAN MENTAL YANG LAIN ADALAH SATU PENYAKIT JUGA. IA MEMERLUKAN RAWATAN.

DI BELAKANG TABIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.