Akif Basri

GLAM Lelaki (Malaysia) - - DALAM ISU INI - GL

Akif Basri dan saya berkongsi tempat kelahiran yang sama. Kami merupakan anak kelahiran Seremban dan persamaan ini mengeratkan kami untuk berkongsi cerita. Sejam perbualan memang tak cukup. Cerita Akif, dia dilahirkan di Seremban dan kemudiannya, membesar di Brighton, United Kingdom bersama adik-beradik lain. Mengikut urusan bapanya untuk menyambung pengajian di sana.

Akif bekerja sebagai Psikologis Klinikal sepenuh masa di Klinik Psikologi Azlina yang berpusat di Kajang, Selangor. Dia sibuk dengan urusan kerja dan rutin peribadi, namun tetap meluangkan masa bersama saya untuk ditemu bual. Banyak ilmu dan fakta khususnya mengenai kesihatan mental di Malaysia dikongsi istimewa buat kesedaran pembaca GLAM Lelaki.

Pada awal pertemuan kami, Akif ada bertanya kepada saya, “How did you spot me? Haha!” Kerana padanya, dia masih dianggap baru dalam bidang psikologi di Malaysia. Dan tak ramai yang tahu keberadaannya. Namun, tidak pada saya. Tahun ini sahaja, Akif telah menganjurkan beberapa kursus berbentuk motivasi skala terbuka buat orang awam. Pada masa yang sama, Akif diundang oleh beberapa program televisyen untuk membincangkan tentang isu kemurungan dan penyakit mental secara terbuka. So, are you ready for Akif Basri?

PASSION YANG TINGGI

Akif bergiat aktif memperjuangkan isu penyakit mental di Malaysia. Secara amnya, isu kesihatan mental semakin membimbangkan dan masyarakat kita gagal memandang serius perkara ini. Stigma yang berleluasa mengenai masalah mental dikaitkan dengan “kurang siuman”, “lemah iman” dan “tidak cukup ibadah”, menjadikan situasi ini lebih buruk.

Sejak kebelakangan ini, apa yang saya perhatikan, masyarakat kita sudah mula berwaspada mengenai kesihatan mental. Ramai di antara kita meluahkan rasa bimbang mengenai penyakit mental. Tak kurang juga, terdapat pesakit mental yang tampil berani ke depan mendedahkan masalah mereka di media sosial untuk mendapatkan bantuan juga sebagai salah satu langkah penyebaran kesedaran ramai.

Akif, 28 tahun dan bakal menimang cahaya mata pertama mengakui, dia antara Psikologis Klinikal di Malaysia yang termuda. Tambahan pula, tak ramai para lelaki dalam lingkungan umurnya beraliran kerjaya graduan Psikologi. Tidak seperti mereka yang menceburi bidang perubatan dan seumpamanya.

Senario ini tercetus akibat perspektif beberapa pihak merangkumi kerajaan, tiada perbezaan antara psikologis mahupun kaunselor. Jelas tentang dirinya, “Saya nekad membantu pesakit yang memiliki masalah mental. Di samping itu, saya turut berjinak dalam politik tempatan secara tak langsung.”

“Sewaktu bersekolah di luar negara, saya pernah mengalami beberapa cabaran. Ukuran badan saya yang lebih kecil berbanding ‘mat salleh’ kat sana, ada kalanya mengundang sindiran. Sebagai orang Asia, saya turut tak terlepas daripada diskriminasi, tetapi ia tidaklah seteruk mana. Apa yang saya sedari, disebabkan saya dah terbiasa bergaul dengan bermacam jenis orang, ia telah membuka minda saya. Saya terima dengan kepelbagaian manusia.”

“Semasa belajar di universiti, saya mahu menikmati kehidupan dan ambil peluang untuk mendalami banyak perkara. Sama seperti pelajar universiti lain, bukan?”

“Kala masa lapang, saya menyertai aktiviti teater. Dan melalui aktiviti tersebut, saya mula mengenali dan bercampur dengan pelbagai jenis orang. Melalui itulah, saya memahami ragam dan kepelbagaian manusia.”

“Di samping itu, saya turut luangkan masa dengan menghadiri aktiviti keagamaan, misalnya perjumpaan usrah. Banyak ilmu baru mengenai agama Islam yang saya dapati melalui usrah tersebut. I get to learn the other side of the world. Pelajar dan ahli dalam usrah itu kebanyakan bersifat konservatif. Kurang terbuka berbanding golongan yang saya kenali dalam aktiviti teater. Dan semua orang pun tahu, golongan seni ni, lebih ‘loud’, bersikap terbuka dan liberal. Dan ini merupakan

satu pertembungan yang sangat berbeza,” luah Akif lagi.

“Pabila meningkat dewasa, saya lebih banyak menghabiskan masa dengan ibu. Kerana arwah bapa sibuk dengan kerja dan waktu belajar. Arwah bapa punya persamaan dengan saya. Arwah bersikap terbuka terhadap pelbagai isu. Dia banyak

TIGA DALAM SEPULUH ORANG DEWASA YANG BERUMUR 16 TAHUN KE ATAS MENGALAMI ISU MENTAL.RAMAI YANG MENGALAMI KEMURUNGAN TETAPI TIDAK MENYEDARINYA.

membiarkan saya memilih jalan hidup sendiri.”

“Walaupun arwah sangat mementingkan amalan agama, namun arwah tidak mengekang tingkah laku dan mengawal cara kehidupan manusia.”

LELAKI & ISU MENTAL

tata kerjanya kelihatan sama secara luarannya, cuma tiada preskripsi ubat diberikan kepada pesakit yang mendapat Psikiatris.

Orang awam termasuk penghidap penyakit mental kurang terapi yang pelbagai mengikut keperluan rawatan, misalnya

menggunakan pendekatan ‘talking therapy’, di mana masalah yang lebih ringan lebih mudah untuk diselesaikan”, sambung Akif.

Stigma negatif terhadap penyakit mental perlu diperbetulkan masyarakat serta keluarga terdekat.

Akif berpendapat bahawa isu sakit mental dan kemurungan perlu ditangani secara serius dan menyeluruh. Apatah lagi, dewasa yang berumur 16 tahun ke atas mengalami isu mental. Malah bilangan ini meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya.

bilangan itu ada kebenarannya dan adalah suatu perkara yang membimbangkan. Ini kerana ramai yang mengalami kemurungan tetapi tidak menyedarinya. Apa yang negara kita alami sekarang ialah kepakaran dalam bidang ini yang tidak mencukupi.

diri mereka sebagai punya masalah mental atau menyedari situasi ini sering terjadi di kalangan lelaki.”

depresi dianggap bertentangan dengan sifat-sifat maskulin. Sifat itu seharusnya berani, bersemangat tinggi, berkepimpinan, gagah, tegap, sasa, pantas dan sebagainya.”

masalah mental, di mana seringnya rasa rendah diri, rasa tak berguna, lemah, selalu bimbang, kecelaruan, kesunyian dan

menyebabkan mereka membuat keputusan kurang waras dalam menzahirkan perasaan atau cara penjagaan diri.”

“Apabila kemurungan klinikal menjejaskan kewarasan, Ini termasuk tidak dapat menilai sebab dan akibat tindakannya. mental di kalangan lelaki.

HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA

Hakikatnya, tak ramai yang menyedari bahawa pada 10 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang penjagaan kesihatan mental.

Sedunia kali ini adalah landasan yang sesuai untuk kepada masyarakat umum tentang kepentingan kesihatan masyarakat.

yang paling sesuai untuk menangani isu penyakit mental.

“Selama dua tahun saya menceburi bidang ini, ternyata ia akan faham. Oleh itu, saya perlu belajar untuk menggabungkan mendapat maklumat yang dikehendaki.”

KEMURUNGAN KLINIKAL ADALAH PENYAKIT, BUKAN SEKADAR MOOD. INI SEBENARNYA SANGAT MEMBAHAYAKAN DIRI DAN BOLEH MENGAKIBATKAN KECELARUAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.